Monday, June 9, 2014

Program Pengantarabangsaan di Haileybury Girls School, Victoria, Melbourne

Hari ke3 di Melbourne. 4 Jun 2014 - Rabu.
Tujuan utama ke Australia untuk Program ini lah, perancangan awal pada hari ke2 program ini akan diadakan tetapi disebabkan program dalaman sekolah tersebut, program sekolah kami diubah ke hari ke3 dan beberapa tentatif program diubahsuai mengikut kesesuaian masa. Walau bagaimanapun alhamdulillah, program pengantarabangsaan bersama Haileybury Girls School memberikan banyak ilmu dan manfaat kepada anak-anak Marian dan guru-guru semua. Semoga jaringan antarabangsa ini akan berterusan.

Kedatangan kami tepat pada masa yang dijanjikan, iaitu jam 9.00 am waktu Melbourne. Seorang guru bersama pegawai perhubungan antarabangsa Education Of Victoria dan beberapa orang murid telah menunggu kami di hadapan pintu pagar sekolah dengan senyuman.Semasa kami dalam bas mereka sudah melambai-lambai. Nampak mesra, lega rasa hati. Ye la mana tau kan bagaimana layanan dan sambutan mereka. Suka ke? tak suka ke?.

Terpegun saya dengan keramahan mereka dan suasana sekolahnya yang luas dan bersih.
                                   
                            
                                      
Jarak dari pagar ke bangunan sekolah ni macam dari Tambun Inn ke sekolah.
Jauh jugak kan, tapi tak terasa penat pun.
Aktiviti di Haileybury Campus
1. Program Akademik - Spelling  Bee
    Kami dibawa terus masuk ke kelas yang dijadikan dewan kecil. Telah menunggu sekumpulan pelajar Haileybury dan anak-anak Marian masuk ke dalam kumpulan-kumpulan yang telah sedia. Mereka berkenalan sesama sendiri.


  
Aktiviti Spelling bee yang dikelolakan oleh guru Haileybury.
  Pelajar boleh berbincang sebelum menjawab. 
Yang salah diminta duduk dan tidak boleh menyertai pusingan seterusnya

 Pentadbir dan guru berkenalan di ruang belakang dewan.

2. Assembly - Majlis Pengenalan & Persembahan
    Majlis sambutan secara rasmi didahului dengan ucapan pengetuanya, kemudian ucapan balas Pn Hjh Rogayah guru besar sekolah saya. Seterusnya persembahan murid Haileybury dan SKMC. Majlis diadakan secara santai, tiada protokol dan pengacara. Hanya guru yang mengurus persembahan yang menjadi pengantara.

  

                                       
       

                                 
3. Pengalaman suasana waktu rehat 
    Semua anak-anak Marian mengikut 'buddy' untuk mengalami suasana waktu rehat selama 30 minit.



4. Perbincangan Antara Pentadbir dan Guru bagi membina dan meneruskan hubungan dan kecemerlangan sekolah.
                                     
 Perbincangan secara santai sambil minum pagi disertai oleh pentadbir sekolah berkaitan sistem pendidikan dan kemudahan yang terdapat di Haileybury. Sebenarnya sekolah ini adalah sekolah swasta yang terbaik dan menjadi pilihan keluarga di daerah ini.
Sekolah ini terbahagi kepada 4 tahap iaitu  Junior School  (Tahun 1 -4, murid Tahun 1 berumur 7 tahun), Middle School (Tahun5 - 8), Pre-Senior School (Tahun 9) dan Senior School (Tahun10-12). Dalam campus ini juga terdapat kelas ELC iaitu Early Learning Centres (macam pra sekolah la, kanak-kanak berumur seawal 4 atau 5 tahun). Bermula memasuk kelas Middle School, boys and girls akan diasingkan.
5. Lawatan Sekitar Sekolah (Pentadbir + Guru)
Selepas minum pagi dan perbincangan, kami dbawa melawat persekitaran sekolah yang luas.
 


 


 Bersama pelajar pre senior
 Pelajar Tahun 3, masih bercampur boy n girl



Beg digantung di luar kelas, risiko kehilangan barang sangat minimum.
 Dalam kelas Tahun 2, banyak hasil kerja murid dipamerkan.
 
Latihan teater sedang dijalankan di dewan
 

Sudut hasil kreatif ibu bapa.
 
 Sudut keselamatan...perhatian untuk rujukan Puan Hindon ye..

          yang ini suka sangat....

Suasana di kelas ELC... Early Learning Centres



Aktiviti luar kelas                                
Bilik Muzik
 

Bilik pesakit, ada khidmat jururawat yang merawat dan memaklumkan kepada parent.

Bersama Mr.Scott Daron - Head of Castlefield, Brighton
Boss besar campus ni.

6. Program Akademik Murid (dikendalikan oleh Guru Haileybury School)
    Sementara guru-guru melawat sekitar sekolah, anak-anak belajar bersama pelajar Haileyburry. Terima kasih Cik Suhaila yang merakam aktiviti ini.
                                 
 
7. Majlis Menandatangani memorandum Hubungan Dua hala dan Penyerahan Cenderahati  & Alatan Permainan Tradisional
                                   
  

 
Tanda ingatan dari Marian Convent untuk Haileybury Middle School

8. Majlis Ramah Mesra.
    Majlis diadakan secara santai di halaman sekolah, bersebelahan padang. Anak-anak Marian dihidangkan sandwich, biskut dan candy...sedapppppp tapi manis sangat la, Gigi ni dah mula terasa sakit lagi la pulak. Sambil makan semua pelajar berbual dan menyerahkan cenderahati kepada 'buddy' masing-masing. 



                                  




  
Kenangan bersama peserta program antarabangsa Marian-Haileybury, Melbourne, Australia


Kami tinggalkan Haileybury School dengan seribu kenangan, suasana landskap akan dijadikan satu inspirasi untuk cuba direalisasikan sesuai dengan cuaca dan keadaan. Insyaallah.
  Catatan Perjalanan Hari ke3 di Melbourne (Rabu 4 Jun 2014)


Waktu Australia
7.00 am : Sarapan
8.30 am : Menaiki bas bertolak ke Haileyburry Girls School, 
               Brighton
9.00 am : Sampai di Sekolah - Program Pendidikan
2.00 pm : Ke Masjid Melbourne Medina
3.00 pm : Melawat Sekitar RMIT University 
              (Royal Melbourne Institute Technology)
4.20 pm : Last shopping di Harbour Town
5.30 pm : Bertolak ke Rumah Hj. Salim untuk makan malam  
7.15 pm : Bertolak ke Airport
8.15 pm : Sampai di Airport
9.15 pm : Check in bagasi
11.25 pm: Masuk flight 
12.05 am: Flight berlepas....


Banyak lagi gambar-gambar yang dirakam, boleh la tengok kat FB SK Marian Convent, Ipoh
Selepas ni nak ke RMIT pulak, sebuah University yang indah dan unik bangunannya..Sesuai sangat la untuk posing-posing..Ok jumpa  kat next entri ye..

2 comments:

  1. cikgu, kenapa dulu tak bawak kitorang pergi melbourne? saya teringin sangat nak tengok RMIT. T__T

    ReplyDelete
  2. dulu tak cukup budget nak pergi melbourne. Rezeki adik-adik marian pulak. Syukur dulu kita dapat jugak pergi Singapura kan.

    ReplyDelete