Saturday, August 9, 2014

Hari ini Hari Raya

Sambutan Hari Raya di Syawal ke 12...
8 Ogos 2014 , Unit HEM dengan kerjasama Kelab Warga Marian telah mengadakan sambutan hari raya peringkat sekolah. Seronoknya anak-anak Marian datang sekolah memakai baju raya. Wahhhhhhh comel-comelnya mereka. Anak murid lebih lawa dari cikgu..hihihi,  mereka nampak lebih dewasa... warna warni memeriahkan suasana.



Tujuan sambutan adalah untuk mengeratkan dan memesrakan hubungan antara guru dan murid, Membina kerjasama semua warga Marian dalam program sekolah serta memberikan pengalaman meraikan hari raya kepada anak-anak Marian berbangsa India dan Cina serta merasa pelbagai jenis kuih raya yang dibawa oleh rakan-rakan mereka. Selain itu mendidik anak-anak cara dan adab di majlis.
persiapan tempat yang rapi dan kreatif. Tahniah n Terima kasih.
Kuih raya pun meriah, 
Terima kasih yang membawa, dapat juga merasa, tak larat nak makan semua.
 Pengacara Majlis & Siaraya
Ada gimik belah lemang la pulak..acara yang mengejutkan...


 belajar adab di majlis




 Gaya cikgu-cikgu sekolah saya beraya
Persembahan  Lagu Raya oleh Afnan, Auji dan Farah 
sporting mereka menghiburkan semua tetamu
Sedondon cikgu dan murid
 kami pun kira sedondon jugak kan.

Mantan PK Kak Wok dan Kak Mon turut hadir... 
seronok adik-adik menerima kunjungan tetamu..

Dalam sibuk-sibuk tu, sempat intai murid sesi petang beraya, 
kira seharian la beraya kat sekolah ni. Jumpa sikembar ni. 


Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin.

No comments:

Post a Comment