Saturday, September 6, 2014

Majlis Bacaan Yassin & Tips terakhir UPSR 2014

Majlis ini dijalankan serentak di semua sekolah dalam daerah Kinta Utara.
Pada: 5 September  (Jumaat)
Jam : 8.00 pagi
Tempat: Surau SK Marian Convent.
Turut hadir Pn Amnah bt Jalaludin Pen.PPD Bahasa Melayu Kinta Utara
selaku Penghuluwati SK Marian Convent. 
                         
                                     
 Acara dimulakan dengan ucapan Guru Besar
Kyusuknya adik kakak tu mendengar ucapan ye.
 Bacaan Yassin dimulakan dengan diketuai oleh
 Ustazah Norliana Mohd Asbi

                                     




Ucapan dan kata-kata semangat dan doa daripada Puan Amnah 
kepada anak muslim Marian, semoga semuanya dipermudahkan
sepanjang masa exam dan diberi kejayaan cemerlang.
 Seluruh warga Marian mendoakan kejayaan anda semua.




 Sesama cikgu pun saling mendoakan untuk kesihatan dan kemudahan dalam semua urusan,
terutama kepada Puan Zaiton yang akan menunaikan haji dan doakan untuk saya juga yang akan bertugas sebagai Ketua Pengawas di sekolah lain semasa peperiksaan UPSR nanti.
So masa exam nanti tak dapat bersama anak-anak Marian. 

Puan Amnah berjumpa semua calon UPSR 2014
Nasihat dan semangat terakhir kepada anak-anak Marian
Terima kasih Puan atas sokongan dan dorongan menaikkan 
semangat kami semua warga Marian.
 
 
Hari exam nanti, saya tidak bersama anda semua..
Semoga semuanya sihat dan hadir awal. Jawab la dengan tenang.
Saya doakan semuanya akan beroleh kejayaan yang cemerlang...
..September perjuangan....november menuai kejayaan. Insyaallah.

Tips terakhir untuk calon UPSR 2014


No comments:

Post a Comment