Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi jalinan bersama badan-badan bukan di bawah Kementerian Pendidikan perlu dibina secara berterusan. Bagi membina terus jalinan bersama Hotel Seri Malaysia pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Depavalli untuk kali ketiga
Dua tahun lepas hanya murid sesi pagi yang diraikan bersama HSM, tetapi tahun ini jamuan Hari Kanak-kanak dan Hari Deepavalli disediakan oleh HSM untuk semua warga sekolah.
Kacang putih (Maruku) sumbangan Pn Thillaga dan Pn Thirupthi
Selain itu pihak sekolah juga membina jalinan dengan Majlis Bandaran Ipoh, yang menyediakan 2 buah khemah bagi anak-anak Marian duduk bersantai merasai jamuan secara buffet.
Terima kasih kepada HSM dan MBI yang terus mengeratkan jalinan ini.
Chef-chef HSM menyediakan makanan - panas-panas
Kaki tangan HSM melayan anak-anak Marian
Cikgu-cikgu turut membantu melayan anak-anak Marian
Selesai melayan anak-anak makan, cikgu-cikgunya pulak makan-makan sambil berposing
Hari ni Kak Pah n Pn Hjh guru besar tiada kerana bermesyuarat dan berkursus,
Kak Ton pulak masih di Mekah menunaikan haji,
kami je la yang tinggal menghabiskan makanan tu. hihihi jangan marah.
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.
Semoga jalinan ini akan berterusan. Terima kasih semua,
No comments:
Post a Comment