Sunday, October 5, 2014

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum semua..
Hari ni 10 Zulhijjah..  Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Haji @ Hari Raya Qurban. Sambutan yang berbeza dengan Hari Raya Puasa. Selamat Hari Raya ...
Yang menunaikan haji , semoga segalanya dipermudahkan Allah, diberi kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan haji dengan sempurna. Selamat dalam perjalanan  dan Semoga mendapat haji yang mabrur...  Ramai juga kenalan rapat yang ke Mekah tahun ni...
Kak Ton (Pn. Zaiton Abdul Hamid), Kak Mon (Pn.Maimon Shamsudin), Normala Mapul, Zaharah Idris.
Yang membuat ibadat korban....semoga diri kita akan lebih dekat dengan Allah dan bersyukur atas nikmat dan rezeki yang diberi.

Banyak juga terima ucapan yang pelbagai bentuk dalam group whats app. Macam-macam design..kecanggihan di dunia sekarang.

  
 Dalam whats app tu, saya cuma  rajin membaca je,
tak banyak menyampuk, tapi mengaamiinkan semua doa yang diberi.

Tahun ni cuti sekolah lama sikit, sampai hari raya ke-3, sekolah saya  ambil cuti peristiwa pada hari Selasa, so sempatlah mereka yang tinggal di Kelantan dan Terengganu balik kampung. Tapi saya tak balik pun. Dok  kat rumah aje. Baca buku n buat ulangkaji, nak exam next week. Murid exam...cikgu pun de exam.
Seperti tahun-tahun lepas, macam biasa la pada hari raya pertama akan ramai la masyarakat di taman saya berkumpul di padang tepi rumah saya ni menyaksikan penyembelihan lembu korban. Tahun ni 8 ekor lembu tumbang di padang ni. Jadi meriah, dengan warna warni pakaian  dan takbir.



No comments:

Post a Comment