Tuesday, January 6, 2015

Sibuk menghias kelas yang baharu

Assalamualaikum  dan Salam sejahtera semua
Ikut tarikh awal minggu ni dah mula sesi persekolahan tapi disebabkan keadaan sekolah-sekolah di Pantai Timur dan kawasan yang dilanda banjir begitu teruk, jadi sesi persekolahan ditunda pada 12 Januari. Adalah masa seminggu untuk membersihkan kawasan dan sekolah-sekolah yang dilanda banjir dan yang menjadi pusat penempatan mangsa banjir. Ikutkan memang tak sempat kan, mana yang menghadapi banjir teruk, tentunya sesi persekolahan bermula dengan keadaan yang seadanya.

Kat sekolah saya ni alhamdulillah..syukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Hari ni selesai mesyuarat pengurusan, sempat mengintai anak-anak buah mengemas kelas masing-masing. Bersemangat mereka, hendak menjadikan  kelas mereka yang terbaik dan paling ceria, persaingan yang sihat. Nampak gaya kalau semuanya ceria, bersih dan ada auranya sistem penilaian kena berubah la... Kita bagi gred ye..semuanya terbaik so semua perlu siberi penghargaan atas apa yang diusahakan kan...akan difikir-fikirkan... Tindakan JK Kebersihan dan Keceriaan ye.

 Ha.. tengoklah meskipun menjadi tuan rumah kelas yang berbeza pada setiap tahun, mereka tetap inginkan kelainan dalam menceriakan kelas masing-masing, bagus tu.. Untungnya berkongsi kelas sesi pagi dan sesi petang, bekerja pun berpasangan, yang berat menjadi ringan.

Warga baru SKMC, wellcome Cikgu Khadijah.. Selamat memulakan tugas di Marian Convent
 Komitmen cikgu-cikgu, sayangkan sekolah sayangkan anak.
so bawa la anak ke sekolah , siap berkelah bawa tilam bantal.
pandai safi layan diri sendiri.

 Taa raaaaaa wall paper baru... teruja nak posing di sini. Kelas siapa tu.
tuan rumahnya ada kat sebelah tu .. 70.71,72

 Satu lagi kelas yang sempat diintai.


Buka sekolah nanti kena ronda semua kelas...tengok perubahan setiap kelas.
Ok.... tengok esok sape pulak yang datang. Jumpa lagi esok.

No comments:

Post a Comment