Monday, May 4, 2015

Majlis Sejambak Kasih Sanjungan Budi




Majlis khas buat Puan Sharifah Nor bt Mohamed Penolong Kanan Pentadbiran SK Marian Convent. sempena persaraan beliau pada 3 Mac 2015. Hari lahir sebenar pada 6 April. Setelah bertugas selama 35 tahun di usia 58 tahun. Dah sebulan berlalu...

Hiasan dewan sentuhan  cikgu-cikgu yang kreatif. Terima kasih kepada semua yang membantu merealisasikan majlis ini menjadi kenangan yang abadi untuk yang dirai.

Mantan Guru Besar, Kawan-kawan, bekas murid ExMarian dan anak cucu datang merai...
                              
 
                                      
                                      
 Saat menerima watikah persaraan....penghargaan daripada 
Kementerian Pendidikan Malaysia
  
 Nyanyian syahdu daripada adik-adik yang akan ditinggalkan
untukmu yang banyak berjasa. 
''Pernah dulu kufikirkan, tanpa cinta tak mengapa
Bila kaupergi kuterasa, sunyinya dihati
Baru kini kutahu nilai cintamu.....
Kurenungi gambarmu, ..........''
hanya gambar menjadi kenangan bersama.
 
   
 
Lambaian kasih sayang kepada semua warga Marian.

 Kami yang ditinggalkan.  

Segala kenangan akan tersimpan di memori. Selama 3 tahun 9 bulan kita bersama bermula 16 Julai 2011 - 3 April 2015)
Terima kasih atas segala jasa dan budi kak Pah. Sesungguhnya beliau adalah seorang yang berkaliber menjadi pemimpin dengan penuh kasih sayang. Semoga Allah akan merahmati kehidupan beliau selepas ini. 
Kenang kami dalam doamu.


No comments:

Post a Comment