Friday, June 19, 2015

Terima Tugas Baharu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.                                                              
15 Jun 2015 hari pertama sekolah selepas bercuti selama dua minggu.    Persekolahan minggu ke 20. Rasa seronok dapat berjumpa anak-anak Marian.  Pagi tu menerima panggilan telefon dari PPD memaklumkan perlu hadir untuk taklimat pertukaran pegawai perkhidmatan pendidikan. Kena tukar sekolah ke aku ni...????
 rasa rendahnya di sisi Tuan PPD ...

Hari tu juga pertama kali bersua muka dengan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah yang baharu menggantikan Tuan Haji Marazlan.  Tuan Haji Hasni bin Hasshim mantan pengetua SMK Anderson.
Ucapan tahniah, nasihat dan semangat kepada semua terutama yag baharu dilantik sebagai pentadbir sekolah. Debaran membuka sampul surat....... orang yang ketiga dipanggil daripada 34 orang yang tersenarai menerima surat perlantikan jawatan baharu dan pertukaran tempat bertugas.
Syukurnya kerana tidak berpindah sekolah yang jauh. Ada yang menerima perlantikan jawatan dengan berpindah ke daerah lain.

 Selepas perhimpunan pagi tu, sempat lagi menggayakan uniform baharu kami pentadbir ni. Masih berempat, menunggu seorang lagi, Insyaa Allah nanti dalam next entri ye.

Terima tugas baharu yang bertambah tanggungjawabnya.. 
Masuk bilik baharu dengan semangat dan azam yang baharu.. semuanya untuk SKMC agar terus cemerlang dan gemilang. 
19 Julai.(Jumat)... mula duduk seketika di kerusi baharu, masih terkenang pemilik pertama bilik ini Pn Sharifah Nor... mengambil aura dan semangatnya yang kental.
Semoga diberi kekuatan dan mendapat kerjasama semua warga SKMC untuk meneruskan perjuangan ini.
Doakan yang baik-baik untuk saya ye.


No comments:

Post a Comment