Saturday, January 30, 2016

NPQEL: Cantik dan nyaman di IAB Genting Highlands

Salam dari  IAB Genting Highlands...
Percaya tak antara 5 buah IAB, IAB Genting Highlands la yang lebih cantik, nyaman, tenang dan udaranya segar..
Nak compare kena pergi semua IAB kan... baru sahih.. Ni baru pergi IAB Jitra dan IAB Genting dan pandai nak banding-banding ye.... jangan marah ye, tapi itu realitinya kan... 

Jom jalan-jalan rehatkan minda, joging2 dalam kawasan IAB... dalam jadual rasmi tak ada aktiviti selepas habis kelas jam 4.30 petang yang kadang-kadang lajak ke 4.45 petang. 
Melepasi aje pintu gerbang tu nampaklah cendawan batu tumbuh melata
sempat lagi petik daun pegaga buat ulam makan malam.
 Dah 3 minggu dok di sini dah berani petik-petik ye. Dah minta izin dengan pengawal tu.. rajin mereka memanfaatkan ruang dan masa..

Sekolah rendah dalam kawasan IAB SK Sri Layang, Genting Highland. Sempat lagi meninjau-ninjau kawasan sekolah yang sepelaung aje.
                                      
 cuma pegang aje... tak oleh petik
 
 
 
Ni la peneman berjalan-jalan di waktu petang... setiap sudut nak dirakam.
Terima kasih Zaizar (JPN Selangor) yang sudi melayan kerenah N....
nama panggilan zai untuk saya.. suka...suka..suka...
 

Satu lagi yang suka kat sini... merata jumpa roses.. pelbagai warna dan saiz...sesuai dengan cuacanya, segarlah mawar di sini.


         

Pagi di Genting Highlands... serasa berada di London la pulak.
Suasana waktu pagi yang nyaman dan tenang sekali...
Udaranya yang segar menjadi terapi minda dan jantungku.
Tak kisah la kalau pagi-pagi ni berjalan kaki selama 10 minit untuk menghirup udara segar.. Eh tapi minggu akhir ni menemani kawan menaiki keretanya,  dah tak larat nak jalan la tu... Terima kasih Cikgu Anis.

          
          
                                 
Okey la jumpa lagi di entri lain ye..
bukan sekadar berkongsi kisah suka-suka saya di IAB Genting Highlands, akan meyusul nota dan catatn ilmu untuk dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment