Monday, January 18, 2016

NPQEL: Kepimpinan dan Pengurusan

Hari kedua kuliah dalam kelas L420,  Nak simpan nota dalam catatan di sini,, sebagai ulangkaji nak exam nanti dan juga ingatan untuk masa akan datang. Mata ni kalau membaca cepatnya nak terlelap tapi bila berblog ni celik besor pulak...  so ni la salah satu cara nak baca nota ye..

Sehari ni kelas bersama Pensyarah yang berpengalaman, gaya dan cara memberi ilmu yang mencelikkan mata.. Dr Rosnani Kaman. Suka dengan caranya yang tegas dan tepat.. Maklumat nak pendek dan padat. Satu perkataan boleh menggambarkan segalanya.


Nota Kuliah
Imu yang baharu kuperolehi dan istilah yang oleh dijadikan panduan
Kepemimpinan: proses bagaimana seseorang mempengaruhi orang lain supaya mengikutnya dalam pelaksanaan tugas bagi mencapai matlamat organisasi. (jawatan/position) - keupayaan mempengaruhi subordinat berlandaskan keupayaan organisasi.
Pengurusan: proses sosial bagi mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli orgasnisasi bagi mencapai matlamat/ojektif yang paling berkesan (tindakan/action)

Perbezaan Kepimpinan (K) & Pengurusan (P)
K: Mengarah                  P: Menggerak
K: Mengethui                 P: Sistematik  
K: Membuat Keputusan    P: Melaksana
K: Cara/Stail                 P: Aplikasi
k: Pengawal Selia            P: Proses
K: Arahan                     P: Kaedah

Seorang pemimpin harus ada
A -  Ability (keupayaan pelbagai)  & Attitude (sikap yang aik)
S -  Skill ( teknik dan cara yang berkesan)
K  -  knowledge (pengetahuan dalaman dan luaran)


Seorang pengurus perlu ada kemahiran (4M)
P  - Plan /Rancang (Merancang)
O  - Organise / Laksana  (Mengelola)
L  - Leading / Ketua (Menggerak)
C  - Control / Mengawal (Mengawal Selia)

Pemimpin dan Pengurus yang baharu masuk sekolah
(3 buan pertama adalah waktu pemerhatian dan perancangan)
sama ada:
M - Maintain
I - Improve
C - Change

Memarhati dan memahami menggunakan
E - Eye
E - ear
H - heart 


Membuat sesuatu dengan
K - keep
I - it
S - Short
S - simple          but Imformtif

Gaya Kepimpinan
Autokratik - Membuat keputusan tanpa merujuk orang lain
Demokratik - Secara perincangan & Bermusawarah 
Laissez-faire - tolak ansur yang tinggi

Jenis Kepimpinan
1. Autentik 
   - boleh dipercayai, menjadi teladan, ingin dijadikan role model oleh subordinat.
2. Transformasi
    - berkonsepkan perubahan. Melaksanakan perubahan untuk organisasi supaya
      sentiasa cekap dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan.
3. Situasi
    - menggunakan gaya kepimpinan mengikut situasi
4. Instruksional
    - pemimpin pengajaran (PdP), memastikan ada jadual waktu, ada sumber, ada         guru dan ada murid. Berlaku proses pengajaran yang baik dan pembelajaran
      berkesan

Sumber Kuasa Pemimpin & Pengurus
1. Kuasa Sah
2. Kuasa Pakar
3. Kuasa Rujuk
4. Kuasa Ganjaran

Istilah baharu:
Venovelon -  ada pun macam tak ada / tak berapa peduli
subordinat - orang bawahan

Buku Rujukan
Change  Leader by Fullen
Leadership by Burns/Bass
Instruktional Leadership by Hallinger and Murphy
Stail Kepimpinan Tranformational by Leithwood

Berkongsi ilmu dan pengalaman bagi mempelbagaikan cara dan tindakan.

No comments:

Post a Comment