Saturday, March 19, 2016

Ujian Saringan Kemasukan Tahun 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat Bercuti...
Seminggu cuti ni kena duty...walaupun sedang menjalani kursus, komitmen pada sekolah tetap diberikan. Hakikatnya tiada istilah cuti sekolah pun pada saya. Sambil menyiapkan kerja hakiki sempat lagi melayan anak-anak yang nak mendaftar masuk ke Tahun 1 di SKMC... buat ujian saringan sikit ye untuk melihat komitmen diri dan keluarga dalam pendidikan cemerlang.
Permintaan ramai, tempat terhad tu yang kena buat saringan...
Anak-anak berumur 5 dan 6 tahun sahaja. Kalau hari sekolah tu Guru BK dan Guru Pemulihan yang menguruskannya. Tapi cuti seminggu ni bagi la mereka rehat.
Bulan Mac adalah bulan untuk pendaftaran masuk bagi murid Tahun 1 bagi sesi 2017 dan 2018 di seluruh Malaysia.
                             
         
                        
                         
Selain melihat penguasaan asas dalam 3 bidang iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk bakal anak-anak Marian. Ujian Saringan ini dapat  melihat kesungguhan, komitmen ibu bapa dan anak 2 itu sendiri terhadap pelajaran... Seterusnya menjadikan SK Marian Convent sekolah pilihan serta terus cemerlang.

#Sekalijadimarianselamanyasukamarian..
#masukmarianikutcaramarian
#agarjadiinsanyangcemerlangduniadanakhirat.

SAYA SUKA SEKOLAH SAYA...

No comments:

Post a Comment