Wednesday, April 27, 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Sekalung Tahniah untuk yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015... Tahniah juga untuk diri sendiri.... Alhamdulillah rezeki tahun 2015. Kali ketiga selepas 1998 dan 2008 setelah berkhidmat selama 28 tahun.  Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk penghargaan ini... lain tahun giliran yang lain pula ye... InsyaAllah.

Semalam majlis penyampaian sijil APC... Dari SK Marian Convent 4 orang aje kuotanya... So tahun ni giliran kami. Tahniah ye adik-adik semua, Suraya, Nurul Asyiqqin, dan Ng Tien Yee.
 
Sempat juga kami berposing dengan Ketua Pegawai PPD Kinta Utara yang sporting ni... mesra dan sabar melayan cikgu-cikgu di bawah pimpinannya yang nak merakam kenangan bersama.
                          
 Ruang pentas penuh, terselit la kami bergambar bersama di sini. 

Sesi kedua majlis ini khas untuk penerima dari Sekolah Rendah sahaja seramai 398 orang guru-guru dalam Daerah Kinta Utara. Ramai juga kenalan yang naik pentas, Tahniah mereka jugak... Sesi pertama dijalankan sebelah pagi iaitu kakitangan PPD, Pengetua, Guru Besar dan guru serta kakitangan yang berkhidmat di Sekolah Menengah.
Tahniah juga untuk sahabat-sahabat lain yang menerima APC 2015
Cikgu Puteri Mimi Jamilah Megat Harun kini di SK Simpang Pulai yang pernah bertugas sama di SK Rapat Setia.
 Posing sakan dengan kak Mi.... bulan Disember ni nak bersara dah.
Ni dengan En Rustam GB SK Jln Pegoh - Pengerusi Majlis Guru Besar KU
                 

Tahniah juga untuk Cikgu Halijah SK Convent, perkenalan semasa Program Penandaarasan di sekolahnya februari yang lalu. Kebetulan susunan tempat duduk kami bersebelahan....

Nak rakamkan Tahniah juga untuk sahabat sePPG yang menerima APC 2015
En. Mohammad bin Hassan - Penyelia Sek Menengah JPN Perak
 Siti Norhawati bt Ramli - PK HEM SK Air Hitam, Teluk Intan, Perak
 Siti Aminah binti Suman - SK Kampung Kedah, Kerian, Perak

Tahniah Juga untuk Perrie anak Sigan yang sekarang dah balik Sarawak, sekarang mengajar di SK Jagoi, Bau, Sarawak.
. Dapat APC 2015 masa mengajar di SK Taman Wawasan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan, jauh, tak dapat hadir ke majlis ye.

Buat hilang rindu para sahabat, gambar 2016 Perrie yang berseri-seri dapat berkhidmat di kampung halaman sendiri.



Tahniah Semua. 
Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin untuk terus cemerlang memajukan anak bangsa. Menjadi pendidik yang dedikasi, amanah dan berintergriti.



No comments:

Post a Comment