Saturday, May 28, 2016

6 Seroja belajar Pendidikan Seni Visual

Maaf la lambat nak update cerita ni. Sape kata Tahun 6 tak belajar mata pelajaran elektif.. Ada ketikanya perlu dilahirkan idea dan kreativiti mereka dalam aktiviti begini... Sebulan cukup pusingan 4 modul PSv.

Dua bulan buat program Sandaran NPQEL di SKMC, tugas hakiki tetap dilaksanakan. Dua tugas dalam 1 masa.. mengajar ni wajib...suka memang suka, aktiviti yang melibatkan pergerakan begini.

Minggu ni, seronokkan diri melipat-lipat kertas..
Modul  3  Membentuk dan membuat Binaan. 
Tajuk: Haiwan .. bahagi dua kumpulan, burung dan itik.
Cara melipat.... boleh tengok youtube..
                         
 Ni la hasil kerja mereka..... simpan untuk buat pameran hujung tahun nanti.
                        

Kali ni buat Modul 1 Menggambar...
Menggambar secara sketch la, tetiba teringat pokok yang menunggu hari dibuang.. ..

Objek sebenar dari pelbagai sudut pandangan.
Cuba bandingkan hasil kerja mereka ni dengan gambar sebenar,



 Masing-masing mengambil lokasi yang sesuai...


Kali ni Modul 2 Membuat Corak dan Rekaan 
Corak berulang... guna crayon dan warna pensel aje.
Aktiviti hari ni dalam kelas, cuma kelainannya sambil mereka corak sambil mendengar lagu... terapi minda kononnya ye.
Tetiba rakan lama mereka yang berpindah ke Melaka datang berkunjung....
                         
Corak berulang


Modul PSV keempat ialah Memperkenal Kraf Tradisional..
Tajuk : Labu air..(Labu sayung)
Gabungan Modul Membuat Corak dan Rekaan ....

Ni hasil kerja mereka...

Aktiviti yang dibuat ni mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
Semua hasil kerja mereka akan dikumpulkan dan insya Allah di akhir tahun nanti akan diadakan pameran.


No comments:

Post a Comment