Sunday, May 15, 2016

Lagu Tema Hari Guru 2016 : Nostalgia Hari Guru 2009

Esok dah nak sambut Hari Guru... Sambutan kali ke 28 buat diri saya.
Nak search lagu tema tahun ni... Teringat sama temanya dengan tema Hari Guru 2009. Tu yang nostalgia sangat.. nak kata masih hafal tu ingat-ingat la sikit ... tapi melodinya masih tak lupa...   Nostalgianya kami menyanyikan lagu ni di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kinta Utara pada 2009. Masa tu berkhidmat di SK Rapat Setia.

Guru Pembina Negara Bangsa. 

Bersedia melangkah megah
walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janjiku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap tunggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik:  Ili Nurbahirah t Baharudin
Pengubah Muzik:  Marzuki bin Tami


Kenangan bersama guru-guru di SK Rapat Setia...



No comments:

Post a Comment