Tuesday, June 14, 2016

Kembali ke Sekolah Posing di Laman Muzika

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Alhamdulillah rutin tugas back to normal... ada la peluang update cerita di laman ni seperti biasa.. Insya Allah. Itu pun tengok keadaan jugak.. lau "free"  ceritanya memang banyak untuk dijadikan kenangan, lebih-lebih lagi ianya akan ditinggalkan. 
Pencarian ilmu di IAB telah selesai, tunggu aplikasinya sahaja. Debaran pula menanti penempatan baharu dengan pos yang baharu... Semoga apa yang ditentukan adalah yang terbaik untuk saya meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan. Dipermudahkan dalam segala urusan dan terus cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin..

Tak sabar nak g sekolah.. rindu jugak.. teringat laman baharu tu...
pandai-pandai aje buh nama Laman Muzika.. pencetus idea pun belum bagi nama yang diidamkan..hihihi

Rasanya saya lah yang posing dulu di sini... ye ke tu..
 
Kenapa Laman Muzika ?
Lokasinya berhadapan bilik muzik... idea asal nak letak simbol/note-note muzik di laman tu tapi tak cukup modal/peruntukan. Untuk menampakkan sedikit tema muziknya tu... jasa baik seorang parent yang sudi melukis note-note muzik di tembok yang comel tu... ni kira program sarana la juga, khidmat ibu bapa dalam keceriaan sekolah.
 
                  
                  
Landskaper tu pandai menambah sarang burung tempua... harap-harap kekal lama sarang tu di situ.
           
Dari jauh sejuk mata memandang ...

Jika ada Alumni yang menyumbang untuk menaiktaraf lagi laman ni dengan note muzik tu bolehla contact pihak SK Marian Convent. Boleh dijadikan satu sudut kenangan.

#Sukasangatsekolahyangceria.



No comments:

Post a Comment