Saturday, June 18, 2016

Persaraan Puan Khairul Aziah

Minggu ni seorang lagi guru SK Marian Convent bersara.
Setelah genap 33 tahun berkhidmat di usia 56 tahun. Lahir pada 20 Jun.
Mula mengenali Kak Khairul Aziah semasa berkhidmat di SK Rapat Setia. Dua tahun kemudian dipindahkan ke SKMC... ikut saya la tu hihihi.... Seorang guru yang dedikasi... bekerja dalam diam. Tidak pernah menolak kerja dan sentiasa memberikan komitmen dan hasil kerja yang cemerlang.  Sambutannya dibuat 2 sesi... bersama guru dan murid sesi pagi pada jam 10.30 pagi dan bermula jam 2 petang bersama murid dan guru sesi petang. Majlis pada 17 Jun 2016 (Jumaat).

Diiring masuk sesi pagi dan sesi petang.
 
                     
                                 
 Turut meraikan rakan guru dari SK Rapat Setia, Cikgu Suriani dan Cikgu Fadzilah. Terima kasih ye sudi hadir meraikan bersama.
                                  
Lambaian kasih, Sanjungan budi untuk Puan Khairul Aziah Mohd Isa.
Semoga bahagia hidup yang akan dilalui dengan rahmatNya. 
Selamat Bersara dan Terima kasih atas segalanya.
Mohon maaf atas segala salah dan silap tingkah laku dan tutur kata selama pernah bersama...
#Sayang Kak Khairul.


No comments:

Post a Comment