Tuesday, August 16, 2016

Sekolah Kebangsaan Bakong, Lambor Kiri, Perak

Misi menggoogle kat mana SK Bakong ni..
Tak nampak pun rupa bayang-bayang sekolah baharu saya ni...
Menerawang kat maya terjumpa 
SK Bakong, Kelantan
SK Bakong, Sarawak

redah aje cari SK Bakong, Lambor Perak
Dari PPD terus menuju destinasi mengikut pandu arah rakan-rakan orang Perak Tengah ni... Terima kasih semua yang memudahkan perjalanan ini..

Dari Seri Iskandar terus ikut Jalan ke Lumut biasa jalan ni...
Sampai kat Jambatan Sungai Perak, Jumpa Trafic Light selepas jambatan tu belok ke kiri.... ikut kiri la Jalan ke Telok Sena...

kawasan selepas sungai tu di panggil Bota Kiri. Sebelum jambatan tu pulak dipanggil Bota Kanan,....  yang kanan, kanan aje... Lambor kanan, Bota kanan...
Sekolah baharu saya ni di sebelah  Bota kiri, Lambor Kiri... kawasan selepas Sungai Perak tu.

Pandu perlahan aje.. pertama kali melalui jalan ni, baca la semua sign board sekolah yang dilalui... Sekolah Kebangsaan Sekaya, Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang...

Akhirnya ...
setelah 7km dilalui dari trafic light tu... Jumpa papan tanda ni..

Salam Kenal Mesra Bersama Guru-Guru SK Bakong. Lambor, Perak.

                         

Info tentang SK Bakong, Perak
Kategori Sekolah Kurang Murid (SKM)
Sekolah Gred B (SKM)
Band 2.
Sekolah yang cemerlang , ada peningkatan kualiti
Kebitaraan Kokurikulum - Bola Tampar
Guru seramai  14 orang termasuk Guru Besar
Murid Kelas Perdana = 85 orang
Murid Prasekolah = 23 orang.
Kelas : 6 buah kelas (Tahun 1 - Tahun 6)

Opss sebelum balik sempat meronda sekejap jajahan yang akan dijaga, tempat mencari rezeki.... kawasan sekolah yang comel. Rasanya mampu untuk meronda setiap hari..hihihihi.....InsyaAllah. rutin seorang GB kan.

Bertuahnya, memang suka sangat ada pokok ni..
buah kegemaranku..... tengah musim ni.. rezekiku di sini.

Rezeki juga ... jodoh pertemuan di SK Bakong...
Kenalan semasa berkhidmat di Perlis, jiran setaman, rakan sepermainan bola jaring PSKPP Perlis
Kira macam jejak kasih jugak la ni... Cikgu Zaindra Abdul Malek..... panggil mesranya Cikgu Nora aje..



Pertama kali nak menjejakkan kaki di kawasan Bota Kiri ni. Kena bawa peneman. Terima kasih kepada Encik Suami yang menemani seharian hari ini. Tolong hantar dan sabar menunggu sepanjang hari. Suasana sekolah yang tenang dan harmoni...


Ok selepas ni kisah-kisah cerita saya lebih kepada SK Bakong, Lambor, Perak.

Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.


No comments:

Post a Comment