Monday, August 22, 2016

Ucapan Berharga daripada Puan Guru Besar

Terharu sangat bila mendengar ucapan Guru Besar semasa majlis perpisahan saya di SK Marian Convent.. Terimbau perjalanan saya sebagai seorang guru... bermula dari sekolah pertama hingga di SK Marian Convent, Puan Hajah menyatakan sekolah-sekolah saya tu....

Dan... ucapan nasihat dan peransang yang diberi amat bermakna sekali. Terutama akronim nama saya dicipta atas pandanganya secara peribadi mengenali saya selama berada di bawah kepimpinannya.

H - harapan yang tinggi bagi mencapai Target
I  - idea yang bernas
N - nukilan/gambar yang jelas
D - dorangan , sentiasa memberi dorongan KNKC & Amalan Terbaik Marian
O - Optimistik - keyakinan bahawa yang baik akan berlaku
N - niat baik dan berpositive Thinking

Terima kasih Puan Hajah Rogayah binti Pilus atas semangat dan dorongan yang diberi untuk saya meneruskan tanggungjawab ini. Namun tunjuk ajar dan bimbingan Puan masih diharapkan. Saya banyak belajar dalam menangani pelbagai isu semasa dibawah pimpinan beliau.

Semoga perjalanan hidup ini akan dipermudahkan dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah swt serta dirahmati selalu.
Aamiin...


Terima Kasih Marian Convent ... 16 Julai 2011 hingga 16 Julai 2016 (5 tahun)
16 Julai 2011 datang sebagai Penolong Kanan Kokurikulum (PK KK menjadi PK Petang)
16 Mei 2012 - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM Bertukar ke JPN)
8  Jun 2015 - Penolong Kanan Pentadbiran (PK P bersara)

3 jawatan di bawah pimpinan Puan Hajah Rogayah bt Pilus yang telah menjadi Guru Besar di SK marian Convent sejak 19  tahun lalu.

Terima Kasih. Jasamu kan tetap dikenang.

No comments:

Post a Comment