Saturday, November 19, 2016

Keputusan UPSR 2016

Tahniah semua anak-anak yang menerima keputusan UPSR 2016.
Debaran dah terlerai. Keputusan yang diterima diluar jangkaan.. apa pun redho dengan segala keputusan.
Anak-anak Marian tahniah.... anda memang hebat. 
Anak-anak SK Bakong... pencapaian anda membanggakan kami.

Tahun ni debaran lebih lagi, bila tanggungjawab sepenuhnya di bahu sendiri. Nak menanggung dan menjawab segala kemungkinan nanti. Pengalaman pertama menerima keputusan awal bagi sekolah. 
Menerima Sampul keputusan yang memang rahsia... daripada Tuan Pegawai PPD Perak Tengah En Zaudi bin Hj Lebai Mat.
Sibuk menganalisa keputusan tu  
   
Sampai sahaja di sekolah.... disambut oleh barisan guru-guru kanan saya
Tahniah anak-anak SK Bakong....
Alhamdulillah:
Calon : 14 orang
Keputusan Terbaik : 1 orang 4A 2B  &  1 orang 4A 1B 1C
Peratus Kelulusan  : 92.85%
3 subjek lulus 100% -  Bahasa Melayu Pemahaman, BM Penulisan & Sains
3 subjek lulus 92.85% - Bahasa Inggeris Pemahaman, BI Penulisan & Matematik
GPS: 2.46
Ranking : ke 5 dalam Daerah Perak Tengah
             ke 74 dalam Negeri Perak
 
Majlis penyerahkan slip keputusan disaksikan oleh seluruh warga sekolah dan ibu bapa
Ibu bapa dan guru menjadi penenang anak-anak

                          
 Guru-guru Tahun 6 bersama anak-anak UPSR 2016
Murid Cemerlang bersama ibu masing-masing.
Sebahagian ibu bapa yang hadir meraikan kejayaan anak-anak.
Tahniah anak-anak...
Tahniah dan Terima kasih cikgu-cikgu semua
Tahniah dan Terima kasih ibu bapa semua..
Gandingan bahu bersama menggembeling usaha dan tenaga menghasilkan yang terbaik untuk kita semua.
Syukur dengan apa yang ada.

#kredituntukJKPersiapanPenyerahanKeputusanUPSR
#Sukasangat

Alhamdulillah... Tahniah & Terima kasih.

No comments:

Post a Comment