Saturday, April 1, 2017

English Garden Tahun 2 SK Bakong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Inilah English Garden Tahun 2 tu.
Bersama anak-anak Tahun 2  2017... 
 Alhamdulillah berkat kerjasama semua guru dan PIBG akhirnya lahirnya sudut baharu yang sangat ceria ini. Idea dan kreativiti JK 3K SK Bakong memenyediakan lakaran landskap bertemakan English garden sesuai dengan Program HIP - Highly Immersion Program, di mana akan menerapkan unsur-unsur Bahasa Inggeris di dalam taman ini.

Setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa yang bergotong royong memulakan projek ini pada 9 Februari 2017 yang lalu.  Kerja menyiapkan dilakukan secara berterusan. Secara beransur taman ini akan diupgrade dari semasa ke semasa.
                    
      
Proses membuat cendawan menggunakan bahan terbuang 
- tempurung kelapa dan PVC

Seiring dengan program 1M 1P 1B (1Murid, 1Pasu, 1Bunga) taman ini telah diamanahkan menjadi kawasan angkat murid Tahun 2 di bawah seliaan Ustaz Abdul Rahman selaku guru kelas dan Puan Nor Soleha penyelaras Program.

Semoga bunga-bunga hidup subur dan sentiasa mekar
Lepas jam 9 aje mengintai taman ni...  warna warni menceriakan hati



                    
                        
                        
                        
              
                          

Terima kasih semua. Tunggu perasmian Taman ini nanti ye. InsyaAllah
Semoga usaha murni guru-guru dan ibu bapa diberkati dan memberikan semangat kepada anak-anak untuk rajin datang ke sekolah.

 #sukasangat
#terimakasihsemuawargaKBakong.


No comments:

Post a Comment