Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Apa khabar semua?
Semoga semua tetamu yang singgah di sini sihat sejahtera.
Hari ni nak bercerita tentang peribahasa sikit... agak-agaknya ada ke yang terkejut...
Harap-harap selepas ni tak ada yang keliru lagi..
Seperti melepaskan batok di tangga... kalau tengok dalam buku latihan atau buku-buku yang berada di pasaran ada menulis 'batuk', atau 'batok' jadi mengelirukan orang ramai. Mana satu yang betul ni. Bila 'search' di internet pun ada yang menulis 'batuk' dan ada yang menulis 'batok'.
Batuk yang kita tahu adalah satu penyakit yang mengeluarkan bunyi. Kadang ada betulnya kita boleh melepaskan batuk di tangga... kita terbatuk semasa berada di tangga tetapi apa perkaitan dengan maksud sebenar peribahasa tersebut... fikir-fikirkan la.
Ni la batok, iaitu sejenis tempurung yang digunakan sebagai gayung atau penyedok air.
Zaman dahulu belum ada gayung yang diperbuat daripada plastik seperti sekarang,
Kreativiti orang dahulu menjadikan tempurung yang dibersihkan dan ditebuk lubang
untuk meletakkan batang buluh atau kayu sebagai pemegang.
Batok ni adalah kata pinjaman dari bahasa jawa...
Macam mana boleh tak perasan ye ia bahasa jawa...
dalam bahasa jawa cara menyebutnya... 'bathok'
Melepaskan batok di tangga, ialah perbuatan mencampakkan aje batok tu ke tangga selepas digunakan yang sepatutnya disangkutkan pada tiang yang disediakan. Seperti kita tahu zaman dahulu masyarakat kita berkaki ayaam dan apabila hendak naik ke rumah mereka membasuh kaki dahulu, lagi pun mana ada paip terpasang di halaman rumah.Seperti melepaskan batok di tangga bermaksud seseorang yang membuat kerja sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh. Mereka menyiapkan kerja secara ala kadar. Hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Peribahasa ini sering ditujukan kepada murid-murid yang malas dan tidak menghasilkan kerja sebaiknya.
Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini, ia tidak lagi mengelirukan kita...
Jangan kita membuat kerja seperti melepaskan batok di tangga.
#batok
#sudutwarisan
#SKBakong
#sayasukasekolahsaya
No comments:
Post a Comment