Saturday, April 7, 2018

HARI TERAKHIR DI SK BAKONG, PERAK

6 April 2018
Semalan adalah hari terakhir  berkhidmat di Perak Tengah. Tak dapat nak gambarkan perasaan ini sebenarnya. Gembira bercampur sedih..... meninggalkan seribu kenangan. Sekolah pertama sebagai BOSS.... Semoga apa yang kutinggalkan akan menjadi ingatan... pengalaman dan perkongsian ilmu dalam mengurus sekolah.... Berkatkan ilmu yang diambil... ikhlaskan ilmu yang kucurahkan.

3S+3S,
Laman untuk sudut pembelajaran luar bilik darjah, Laman Sarana, Laman LINUS (HIP), Laman Hijau, Laman Herba dan Tandas Ceria Berinfo
Ssistem fail  & pengurusan surat..
Pengurusan Bilik (Bilik Guru, Bilik Mesyuarat & Pejabat)
Dataran Perhimpunan.... bangku kecil
Masih banyak perancangan yang belum terlaksana...

Menandatangani buku kedatangan , waktu balik di hari terakhir
Selamat Tinggal bilikku, Selamat tinggal orang kananku... Cikgu Zaindra
menantiku hingga di waktu terakhir. 
Bilik Mesyuarat yang banyak kenangannya.








Singgah di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, 
Menyantuni BOSSku Tuan Timbalan PPD  Encik Ahmad Zakuan bin Hj Mohd Razi

Lumrah kehidupan... bertemu dan berpisah... 
Semoga SK Bakong, Perak akan terus cemerlang di bawah pimpinan Guru Besar baharu nanti.


#sukaseronoksayang
#jauhdirindu
#kaukankurindukan

No comments:

Post a Comment