Wednesday, March 12, 2014

Saya suka pergi ke sekolah

Dalam sibuk mencari bahan assigment, terjumpa blog ni yang mungkin boleh dikongsi bersama..
Ada pulak kaitan dengan laman saya ni kan...
Kepada semua ibu bapa dorongan dan kata semangat penting untuk anak-anak seronok ke sekolah. Hubungan baik antara guru dan ibu bapa juga akan memberikan kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak. Insyaallah.




5 Kunci Kejayaan Anak-Anak Pergi Ke Sekolah:

1. Sentiasa beri pesanan pada kanak-kanak.
Pesan pada setiap hari Jumaat selepas balik sekolah bahawa Isnin hari sekolah. Jumpa kawan-kawan dan berlajar supaya boleh jadi pandai, kaya, dan duduk dengan ibu ayah.

2. Jadi 'Spy' kepada anak-anak.
Tanya pada guru di sekolah apa yang dilakukan oleh anak kita. Bagaimana prestasi sikap, pergaulan dan cara komunikasi anak-anak. Ini untuk melihat perkembangan anak-anak dari segi emosi, tenaga dan tindakan anak-anak. Jika perlu, datang ke sekolah anak-anak sesekali tanpa memberitahu mereka. Kita boleh menghubungi pihak sekolah dari semasa ke semasa.

3. Berikan pujian kepada mereka.
Kanak-kanak suka kepada pujian oleh guru dan kawan-kawan serta ibu bapa mereka. Kanak-kanak lagi suka dan berbungga hati mereka apabila kita memuji mereka depan guru-guru atau kawan-kawan. Ini memberi inspirasi kepada anak-anak untuk sentiasa pergi ke sekolah.

4. Murahkan pelukan dan ciuman kepada anak-anak.
Sentiasa peluk dan cium anak-anak kita sebelum hantar mereka ke sekolah. Malah, apabila mereka pulang dari rumah, peluk dan cium mereka. Jadikan ia sebagai satu 'habit' atau perkara wajib yang mesti dilakukan bersama anak-anak. Ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk menjadi seorang yang berdikari tetapi pada masa yang sama mereka dapat merasai kita dekat dengan mereka.

5. Jadi pendengar yang baik kepada anak-anak.
Cari jalan supaya anak-anak boleh bercerita dan meluahkan segala isi hati mereka di sekolah kepada kita. Ini membantu kita untuk sentiasa memahami dan mengetahui setiap perkembangan anak-anak yang berlaku ketika di sekolah.

Banyak lagi info berkaitan dengan anak-anak, boleh la layari laman ni..
http://www.liyanamalek.com/2013/03/liyana-malek-5-kunci-saya-suka-pergi-ke.html


Suka pergi sekolah bermakna Sukakan Sekolah..
Bila sukakan sekolah, akan seronok berada di sekolah.

                     















Monday, March 10, 2014

Pelancaran Minggu Bahasa

Minggu lepas pelancaran 'English Week'. ( 3 Mac - 7 Mac)
Setiap hari kena bercakap dalam Bahasa Inggeris terutama
di laluan 'English Only Zone', sepanjang laluan tu mesti berbahasa Inggeris. Anak-anak Marian memang fasih berbahasa Inggeris tetapi ada juga yang malu-malu nak bercakap. Cara ini juga sebenarnya adalah salah satu cara mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris  di kalangan murid-murid Marian. English adalah etos sekolah, English week sebagai batu loncatan untuk membudayakan murid bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Antara aktiviti yang dijalankan:
1. Poetry Recital
2. Spellathon
3. Crosword Puzzle Competition
Aktiviti tersebut akan dijalankan berterusan sepanjang tahun.


Antara laluan yang dipenuhi dengan kata-kata Bahasa Inggeris
   
 


Minggu ni giliran Panitia Bahasa Melayu melancarkan Minggu Bahasanya  pulak. (10 Mac - 21Mac)  Aktiviti Minggu Bahasa Melayu ni selama 2 minggu sebab minggu ni ada ujian bulanan, so  aktiviti tak dapat dijalankan sepenuhnya. Pelbagai pertandingan Bahasa Melayu diadakan yang bertujuan mencungkil bakat murid bagi persiapan memilih wakil sekolah untuk tahun hadapan selain meningkatkan tahap penguasaan setiap murid. Antaranya pidato, bercerita, pantun, mendeklamasikan sajak, membaca berita, mengulas buku, tulisan kursif, mengarang cerita, teka silang kata dan jualan penanda buku.  Kreatifnya cikgu-cikgu bahasa membuat gimik pelancaran. Hahaha..mesti kena posing dulu ni sebelum nak ke PPD, ada taklimat jam 9.00 pagi ni.
       


Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kendi;
Yang indah itu bahasa,
Yang elok itu budi.

Friday, March 7, 2014

Program Obesiti Kelolaan Dr Muda

Hari ni seramai 23 orang murid sekolah menyertai program Obesiti yang dikelolakan oleh Dr Muda dengan bimbingan 2 Pegawai Kesihatan Pusat Kesihatan Buntong dan 2 orang guru penasihat Dr Muda Marian. Semoga program ini akan memberikan manfaat kepada semua.

Antara aktivitinya ialah Taklimat Pemakanan Sihat, mengukur tinggi dan berat setiap peserta.
Program ni akan berterusan selama 3 bulan dan dipantau oleh Doktor Muda.

Saya pun boleh sertai program ni hehehe..berat dah melebihi ketinggian..
Nak turun2 tak boleh, tapi masih maintain..berat ni, harap tak naik..
Muhasabah diri, Amalkan cara pemakanan yang sihat..makan bila lapar sahaja.