Friday, March 14, 2014

Taklimat Guru SPBT Daerah Kinta Utara

Alhamdulillah tiga hari program yang dianjurkan oleh Unit HEM PPD Kinta Utara di sekolah saya selesai. Terima kasih kerana sudi menjadikan sekolah saya sebagai tempat untuk memberikan taklimat Skim Pinjaman Buku Teks Daerah Kinta. Berkongsi apa yang ada. Terima kasih semua cikgu-cikgu yang hadir ke sekolah saya. 

11 Mac 2014 - Guru-guru SPBT Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara

12 Mac 2014 - Guru-guru SPBT Sekolah Kebangsaan Daerah Kinta Utara
13 Mac 2014 - Guru-guru SPBT SJK(C) dan SJK(T) Daerah Kinta Utara




Bagi pihak sekolah saya memohon maaf atas kekurangan yang ada terutama dewan yang tak ada aircond lagi, so terasa la hangatnya, tambah dengan cuaca panas sekarang. Parking pulak jauh sikit dari sekolah. Begitulah keadaan sekolah saya yang terlalu istimewa untuk ibu bapa yang diberi ruang untuk mengambil dan menurunkan anak hampir dengan kelas. Jadi bila ada apa program pihak luar di sekolah saya terpaksa la parking agak jauh.
Terima kasih semua cikgu-cikgu.

Thursday, March 13, 2014

Aku dan bunga-bunga

Seronoknya dapat bunga. 
            Aku punya.......                           ...eh kita punya.....                   ...dia punya..Selamat Hari Lahir Cikgu Zura









Bunga-bunga di Taman Orkidku


Bunga baru menghiasi anjung sekolahku..
 


Semoga terus hidup subur, bagi menyambut kehadiran warga
Marian dan tetamu dengan kecerian dan semangat merahmu.
Terima kasih PK KK beri sumbangan ni.


Bunga-bunga yang mengharum di halaman sekolah.
Pagi tu sampai awal kat sekolah, tetiba terhidu haruman tu, berderau jugak hati ni apalah yang wangi sangat ni. Setelah agak siang, pergi la semula ke tempat parking tu, rupanya haruman bunga yang sedang mekar..memang wangi. CC saya selalu petik dan letak dalam pejabat. Bunga yang putih tu memang wangi sangat. Nak jadikan  'Fragrance Garden' kat kawasan ni. Perlukan pokok haruman lain di taman ni. Sesiapa nak beri sumbangan pokok haruman amat dialu-alukan.









Tak sempat nak edit bunga-bunga yang lain... nanti cerita kat entri akan datang la ye.

Wednesday, March 12, 2014

Saya suka pergi ke sekolah

Dalam sibuk mencari bahan assigment, terjumpa blog ni yang mungkin boleh dikongsi bersama..
Ada pulak kaitan dengan laman saya ni kan...
Kepada semua ibu bapa dorongan dan kata semangat penting untuk anak-anak seronok ke sekolah. Hubungan baik antara guru dan ibu bapa juga akan memberikan kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak. Insyaallah.




5 Kunci Kejayaan Anak-Anak Pergi Ke Sekolah:

1. Sentiasa beri pesanan pada kanak-kanak.
Pesan pada setiap hari Jumaat selepas balik sekolah bahawa Isnin hari sekolah. Jumpa kawan-kawan dan berlajar supaya boleh jadi pandai, kaya, dan duduk dengan ibu ayah.

2. Jadi 'Spy' kepada anak-anak.
Tanya pada guru di sekolah apa yang dilakukan oleh anak kita. Bagaimana prestasi sikap, pergaulan dan cara komunikasi anak-anak. Ini untuk melihat perkembangan anak-anak dari segi emosi, tenaga dan tindakan anak-anak. Jika perlu, datang ke sekolah anak-anak sesekali tanpa memberitahu mereka. Kita boleh menghubungi pihak sekolah dari semasa ke semasa.

3. Berikan pujian kepada mereka.
Kanak-kanak suka kepada pujian oleh guru dan kawan-kawan serta ibu bapa mereka. Kanak-kanak lagi suka dan berbungga hati mereka apabila kita memuji mereka depan guru-guru atau kawan-kawan. Ini memberi inspirasi kepada anak-anak untuk sentiasa pergi ke sekolah.

4. Murahkan pelukan dan ciuman kepada anak-anak.
Sentiasa peluk dan cium anak-anak kita sebelum hantar mereka ke sekolah. Malah, apabila mereka pulang dari rumah, peluk dan cium mereka. Jadikan ia sebagai satu 'habit' atau perkara wajib yang mesti dilakukan bersama anak-anak. Ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk menjadi seorang yang berdikari tetapi pada masa yang sama mereka dapat merasai kita dekat dengan mereka.

5. Jadi pendengar yang baik kepada anak-anak.
Cari jalan supaya anak-anak boleh bercerita dan meluahkan segala isi hati mereka di sekolah kepada kita. Ini membantu kita untuk sentiasa memahami dan mengetahui setiap perkembangan anak-anak yang berlaku ketika di sekolah.

Banyak lagi info berkaitan dengan anak-anak, boleh la layari laman ni..
http://www.liyanamalek.com/2013/03/liyana-malek-5-kunci-saya-suka-pergi-ke.html


Suka pergi sekolah bermakna Sukakan Sekolah..
Bila sukakan sekolah, akan seronok berada di sekolah.