Wednesday, January 7, 2015

Kemas kelas lagi ye.

Hari ni tak ada plan pun nak ke sekolah, sebab kena menghadiri taklimat di PPD. Tapi selesai taklimat jam 11.30 pagi, masih awal  so balik terus singgah sekolah dulu, kebetulan perjalanan balik tu melalui sekolah saya.
Ha tengok.. makin meriah mereka nak menghias kelas.
  Semalam pun cikgu ni ada..
 bunga-bunga yang sedia menghiasi sudut
Bekalan untuk makan tengah hari, 
sempat la merasa, sedap ..bertambah lagi

 Dari kelas tu,singgah pulak ke kelas ni
 Bukan sedor pun diambil gambar cikgu ni ..
 Kelas siapa ni, anaknya pun ikut menolong, 
maknya malu diambil gambar.

 Hiasan kemudian, susunan dulu yang penting..Tunggu ye...
 tahun lepas kelas cikgu ni yang selalu mendapat
 markah tertinggi pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.

 Mana lagi satu bendera negeri-negeri ni..
Pn Sabariah guru kelas mana ye..


 Tahun ni kelas-kelas bertema bunga-bungaan... 
Ha..bubuhla bunga sebanyak mana ye..
Semangat Cik Wong di tahun akhir perkhidmatannya..

Okey la..dah tak larat nak jalan ni.. Terus masuk bilik..kemas bilik sendiri la pulak.
Semangat baru nak kemas bilik, buang mana yang tak pakai. Tak boleh nak sayang-sayang...dah tak ada tempat nak simpan....
Gambar bilik saya.???.. tunggu la siap dikemas baru nak ambik gambar. ni masih bersepah-sepah.
Jumpa lagi di next entri..

Tuesday, January 6, 2015

Sibuk menghias kelas yang baharu

Assalamualaikum  dan Salam sejahtera semua
Ikut tarikh awal minggu ni dah mula sesi persekolahan tapi disebabkan keadaan sekolah-sekolah di Pantai Timur dan kawasan yang dilanda banjir begitu teruk, jadi sesi persekolahan ditunda pada 12 Januari. Adalah masa seminggu untuk membersihkan kawasan dan sekolah-sekolah yang dilanda banjir dan yang menjadi pusat penempatan mangsa banjir. Ikutkan memang tak sempat kan, mana yang menghadapi banjir teruk, tentunya sesi persekolahan bermula dengan keadaan yang seadanya.

Kat sekolah saya ni alhamdulillah..syukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Hari ni selesai mesyuarat pengurusan, sempat mengintai anak-anak buah mengemas kelas masing-masing. Bersemangat mereka, hendak menjadikan  kelas mereka yang terbaik dan paling ceria, persaingan yang sihat. Nampak gaya kalau semuanya ceria, bersih dan ada auranya sistem penilaian kena berubah la... Kita bagi gred ye..semuanya terbaik so semua perlu siberi penghargaan atas apa yang diusahakan kan...akan difikir-fikirkan... Tindakan JK Kebersihan dan Keceriaan ye.

 Ha.. tengoklah meskipun menjadi tuan rumah kelas yang berbeza pada setiap tahun, mereka tetap inginkan kelainan dalam menceriakan kelas masing-masing, bagus tu.. Untungnya berkongsi kelas sesi pagi dan sesi petang, bekerja pun berpasangan, yang berat menjadi ringan.

Warga baru SKMC, wellcome Cikgu Khadijah.. Selamat memulakan tugas di Marian Convent
 Komitmen cikgu-cikgu, sayangkan sekolah sayangkan anak.
so bawa la anak ke sekolah , siap berkelah bawa tilam bantal.
pandai safi layan diri sendiri.

 Taa raaaaaa wall paper baru... teruja nak posing di sini. Kelas siapa tu.
tuan rumahnya ada kat sebelah tu .. 70.71,72

 Satu lagi kelas yang sempat diintai.


Buka sekolah nanti kena ronda semua kelas...tengok perubahan setiap kelas.
Ok.... tengok esok sape pulak yang datang. Jumpa lagi esok.

Saturday, January 3, 2015

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah

3 Januari 2015 (Sabtu) bermula 8.00 pagi 



Ucapan Guru Besar memberikan nasihat dan pesanan agar menjadi
 pemimpin yang bertanggungjawab dan dedikasi dalam menjalankan tugas.
 Menjadi contoh teladan kepada murid-murid lain. 
Cemerlang sahsiah, cemerlang kepimpinan dan cemerlang akademik.
Taklimat peranan dan tanggungjawab sebagai pengawas. 
Senarai tugas dan tatacara menjalankan tugas.
Amalan Tebaik Marian & Komunikasi berkesan.

Amali mengelolakan perhimpunan
Penerapan Amalan Terbaik Marian - Smile & Greet, 
                       

Kepada semua pemimpin sekolah. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab.