Monday, January 11, 2016

NPQEL : Dari Ipoh ke IAB Genting Highlands

Betul ke lebih seronok berkursus di IAB Genting Highlands daripada IAB Jitra dan IAB Induk Enstek.. ermm.. nanti dah lalui akan diceritakan ye..

Tarikh pendaftaran pada 10 Januari 2016, hari Ahad sehari sebelum kursus bermula. Masa pendaftarannya antara jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Tapi memang dah bercadang nak datang awal, nak dapatkan bilik di tingkat bawah sebab lutut ni dah jem sikit nak turun naik tangga.. harap-harap la.. Pernah berkursus selama 4 hari di sini sebelum ini, tu pun 3 tahun dahulu.. lama dah. Perjalanan pun bukan ingat sangat, alhamdulillah kawan tu tau, so tak la susah sangat....
Dari Ipoh kami bertolak jam 11 pagi.. perjalanan memakan masa 2 jam setengah, so kami agak-agak sampai sebelum jam 2 sampai...
Perjalanan melalui lebuhraya Utara Selatan... mudah aje,
Exit di susur keluar Tanjong Malim/Kuala Kubu Bharu..
Selepas bayaran tol sebanyak RM17.50 ikut laluan kanan dan terus mengikut susur ke jalan lama menghala ke Kuala Lumpur.. Dari sini perjalanan lebih kurang sejam.. jika tida halangan dan kenderaan tak banyak.
 Bila memandu jangan leka, takut terlepas pulak. Tiba di lampu isyarat ini kena belok ke kiri, tengok la papan tanda tu... Hulu Yam Baru... dan memang nampak jelas pun Genting Highlands.... perjalanan ni melalui pekan Batang Kali.
 Selepas ni memang tak sesat dah... jelas papan tanda tu...
Dari simpang di Batang Kali ni menuju  ke IAB, jalannya bengkang bengkok .. kalau tengah pening.. memang terus pening.. jaraknya 20 km aje...
 Haa..sampai kat bulatan selepas melalui Balai Polis Goh Tong kena tengok arah ke IAB, silap masuk laluan ke puncak pula... Jalan ni juga digunakan oleh mereka yang nak ke Pantai Timur. Tak nak melalui KL ikut la jalan ni..


 Alhamdulillah dah sampai.... jam 1.45 petang..
 Next cerita pendaftaran di asrama IAB..

Sunday, January 10, 2016

NPQEL : Permohonan dan Pentaksiran

Nak dapat bukan semudah yang dijangka..
Dah dapat pun tak semudah seperti diperkata...

Masa nak mohon pun nak tak nak aje... boleh ke aku jadi guru besar ni..
Tapi dah alang-alang dok dalam kategori pentadbiran kat sekolah, mohon pun tak apa..untuk tambah ilmu kan.. Tak jadi guru besar pun tak apa, yang utama ilmu yang bakal diperoleh semasa kursus tu.
Langkah pertama memohon secara online.. tarikh tutupnya 31.8. 2015 untuk sesi pengambilan 2016. Atas dorongan guru besar aku n kawan-kawan yang dah memohon aku pun isi lah juga, itupun lepas bulan Jun setelah tamat pengajian ijazah aku... tu la dah tua baharu nak belajar.
Bulan 10 buat semakan permohonan juga secara online ...

Kena buat persiapan untuk pentaksiran...
Pentaksiran ni macam temuduga la jugak tapi hanya perlu bawa dokumen diri dan persiapan mental dan pengalaman yang ada... baca isu semasa tu sikit2 adalah mana tahu ditanya nanti... tapi.. tak ditanya pun, soalannya berkisar tugas rutin dan tanggungjawab sebagai pentadbir.. skop dan caranya berbeza dengan pentaksiran sebelum ini kot.
Kata kunci yang diberi oleh guru besar saya....
yakin dan jawab semua soalan. InshaAllah Hindon boleh... kata-kata semangat tu yang dibawa...
oopps  sebenarnya bukan saya seorang aje yang dapat... PK Kokurikulum sekolah pun dapat .. Tahniah.. hari pentaksiran pun cuma pegawai pentaksir sahaja yang berbeza.. agaknya memang dah diaturkan begitu.
Hari pentaksiran...
Sesi 1 : Berkumpulan (6 orang dari seluruh Negeri Perak)
           Berdasarkan satu situasi, semua ahli berforum/berbincang memberikan pendapat masing-masing dalam masa 40 minit.Selesai berforum, semua peserta menjawab secara bertulis dalam masa 8 minit.

Sesi 2 : Pentaksiran Individu - jawablah apa yang ditanya oleh 3 orang panel...

Akhirnya ....semakan dibuat secara online...



Siap sedia nak berNPQEL..
1. Cari kawan-kawan yang sama-sama berjaya... mudah uruskan perjalanan.. Car pooling (erkongsi kereta) jimat kos.. alhamdulillah ramai kawan-kawan dari daerah yang sama...

2. Persiapan dokumen... print semua borang dan maklumat... fotostatlah ikut arahan.

3. Persiapan diri.. urus keluarga - anak-anak dah besar, yang bongsu pun dah Tngkatan 4, memang dok kat asrama... tak ada masalah urusan ke sekolah..
Suami... kena biasa-biasakan diri seminggu tak bersama.. memang dah lama tak berkursus berjauhan .. ermmm

4. Serah Tugas sementara... kemasukan awal tahun, banyak tugasan yang perlu disediakan awal. Agihan tugas rutin dan jadual waktu mengajar. Program sekolah perlu diurus dengan terancang. Sempat selesaikan sebelum pergi tu kira bagus la. Syukur alhamdulillah program penataran dan penetapan target bersama Tahun 6 selesai sebelum pergi berkursus... Program lain dah lantik penyelaras program yang berwibawa.. cikgu-cikgu sekolah saya semua proaktif, masing-masing faham tugas dan tanggungjawab bersama...
Apa-apa nak cari aje dalam bilik saya....
Tak jumpa call... jangan lupa tinggal pesanan kat anak buah dan anak didik

Bila persiapan dah rapi, hati nak pergi pun rasa tenteram...
Yang ditinggal sudah dipesan... simpan rindu selepas sebulan baru bertemu.

Jom ke Genting Highlands...

NPQEL : National Professional Qualification of Educational Leader

Dalam bahasa Melayunya Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan.

Program NPQEL pada peringkat awal dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). Program NPQH dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Mohd Najib bin Haji Abdul Razak , Menteri Pelajaran ketika itu pada 1 Jun 1999. Seterusnya, program ini telah ditukar kepada mod baharu pada 17 Mac 2011 dengan kelulusan JPA dan dikenali sebagai NPQEL. Program NPQEL merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membentuk satu kelompok pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya sekolah ke tahap yang cemerlang dan unggul. Setiap pengetua/guru esar dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) daripada Institut Aminudin Baki (IAB) sebelum dilantik sebagai pengetua/guru besar (PPPM 2013-2025,20)

Program NPQEL merangkumi pengajian secara bersemuka (face to face) dan e-Pembelajaran. Tempoh pengajian adalah 5 bulan iaitu sesi bersemuka selama 6 minggu dan sesi e-Pembelajaran selama 14 minggu. Semasa pengajian secara e-Pembelajaran, peserta juga perlu mengikuti dua aktiviti konsultasi iaitu Program Penandaarasan selama 2 minggu dan Program Sandaran selama 8 minggu.

Jadual Program NPQEL Ambilan 1/2016
IAB  Genting Highlands, Pahang

Untuk sesi 2016,
Permohonan dibuat melalui online. Selepas proses penapisan dan layak untuk ditaksir, peserta menghadiri pentaksiran yang dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Pentaksiran dibuat dalam 2 sesi iaitu sesi berkumpulan (6 orang) dan sesi individu.
Selepas melepasi sesi pentaksiran, peserta dihantar kursus NPQEL mengikut tempoh yang ditetapkan. Secara automatik peserta yang berjaya melepasi semua syarat dan LULUS NPQEL akan ditempatkan ke sekolah-sekolah sebagai Guru Besar tanpa ditemuduga.

Selamat berNPQEL... Semoga berjaya melepasi semua cabaran...
Terpaksa tinggalkan sekolah di awal tahun...