Sunday, June 19, 2016

SEHATI SEJIWA SEWARNA KENANGAN DI SKMC

Menggamit kenangan sehati sejiwa di SK Marian Convent, Sekolah Berprestasi Tinggi.

Catatan Kenangan Bersama Barisan Pentadbir Sekolah SK Marian Convent...

Bermula 16 Jun 2011
Melangkahkan kaki ke SKMC
dI mana langit dijunjung,
di situ bumi dipijak
Berbekalkan azam dan semangat
sepasukan mencipta kejayaan
Berkonsepkan Suka, Seronok dan Sayang

Tahun kedua mula Suka-suka untuk pakai sedondon setiap awal minggu, sepakat, sehati dan sejiwa mencari baju yang sama..  Setiap hari Isnin dalam perhimpunan rasmi, kami akan menentukan pilihan baju yang sama. Tahun demi tahun koleksi baju sedondon bertambah...


Guru Besar : Puan Hajah Rogayah bt Pilus
Barisan Penolong Kanan :
Puan Aniza bt Zakaria
Cik Hajah Putri Norriza Salwah bt Megat Jaafar
Puan Norizan

Mantan Penolong Kanan
Puan Hjh Sharifah Nor bt Mohamad - PK Pentadbiran (Bersara April 2015)
Puan Hajah Puziyah bt Shafei - PK Hal Ehwal Murid (Bertukar ke JPN 2012/Bersara)
Puan Hajah Zaiton bt Abdul Hamid - PK Petang (Bersara Jun 2016)



Kenangan Kami dalam doa kalian.
Salam Rindu dan Sayang Selalu.

Saturday, June 18, 2016

Persaraan Puan Khairul Aziah

Minggu ni seorang lagi guru SK Marian Convent bersara.
Setelah genap 33 tahun berkhidmat di usia 56 tahun. Lahir pada 20 Jun.
Mula mengenali Kak Khairul Aziah semasa berkhidmat di SK Rapat Setia. Dua tahun kemudian dipindahkan ke SKMC... ikut saya la tu hihihi.... Seorang guru yang dedikasi... bekerja dalam diam. Tidak pernah menolak kerja dan sentiasa memberikan komitmen dan hasil kerja yang cemerlang.  Sambutannya dibuat 2 sesi... bersama guru dan murid sesi pagi pada jam 10.30 pagi dan bermula jam 2 petang bersama murid dan guru sesi petang. Majlis pada 17 Jun 2016 (Jumaat).

Diiring masuk sesi pagi dan sesi petang.
 
                     
                                 
 Turut meraikan rakan guru dari SK Rapat Setia, Cikgu Suriani dan Cikgu Fadzilah. Terima kasih ye sudi hadir meraikan bersama.
                                  
Lambaian kasih, Sanjungan budi untuk Puan Khairul Aziah Mohd Isa.
Semoga bahagia hidup yang akan dilalui dengan rahmatNya. 
Selamat Bersara dan Terima kasih atas segalanya.
Mohon maaf atas segala salah dan silap tingkah laku dan tutur kata selama pernah bersama...
#Sayang Kak Khairul.


Friday, June 17, 2016

Kenangan bersama Cikgu Suzira

Semalam mendapat khabar Cikgu Suzira akan bertukar ke Terengganu, negeri kampung halamannya, setelah beberapa tahun memohon. Majlis perpisahan diadakan awal pagi sama hari dengan majlis persaraan PK Petang yang diadakan pada jam 10.30 pagi. So hari ni  ada dua majlis.. Kebetulan setema la pulak.

 
Bersama guru-guru sesi pagi meraikan... kegembiraan dalam kesedihan.

















Suka suka bersamanya selama hampir 5 tahun di SKMC sentiasa terpahat dalm memori.. suka-suka berjalan-jalan bersama dalam program-program penandaarasan ke sekolah-sekolah di Malaysia terutama ke Kelantan dan Terengganu.Komitmennya banyak membantu dalam merealisasikan semua program dengan jayanya. Semoga Cikgu Suzira akan bahagia di tempat baharu,

Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan kepada SK Marian Convent terutamanya dalam bidang pengurusan Bimbingan dan Kaunseling..