Friday, September 16, 2011

Bunga Raya di Laman Sekolahku

Salam 1 malaysia, 
Hari ni 16 september... yahooooooo cuti sempena Hari Malaysia.
Lepak je la kat umah......
Lepas ni setiap tahun semua cikgu-cikgu dan murid-murid....
termasuk kakitangan kerajaan yang lain akan bercuti setiap 16 september
Bila cerita tentang Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Malaysia ni
teringat bunga kebangsaan malaysia yang banyak kat sekolah aku...
BUNGA RAYA....
ada pelbagai bentuk dan warna...

Haa....tengok la bunga2 ni....

Ni la bunga Kebangsaan Malaysia, Warna merah, 5 Kelopak...



bunga raya putih ..jam 7.30 pagi





Bunga raya putih  - jam 10.00 pagi
 Bunga raya putih ni...unik sikit...
lambat berkembang...jenuh aku tunggu 
bila nak berkembang....
dua tiga kali aku ulang tengok,...
orang kata lau nak wat ubat guna bunga raya  putih ni la.
Ia lebih mujarab....lau demam, panas badan atau sakit kepala.
 Cuba petua ni...

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih..
rendam dalam mangkuk, besen pun boleh...
ramas-ramaskan daunnya sampai keluar lendir,
memangla rasa geli sikit..melekit2 tapi itulah khasiatnya 
dan gunakan tuala kecil yang bersih
rendam dalam air ramasan tadi,
perahkan sedikit biarkan ramasan daun melekat pada tuala
dan letakkan atas dahi....
biarkan pesakit tu baring...
eh..orang sakit memangla terbaring kan.
biarkan beberapa minit...
Insyaallah akan kurang rasa haba panas di badan....

Ha.. sape2 yang anak-anak kecil tu..elok la tanam pokok bunga raya ni kat umah..bila nak guna ...dah sedia ada.. Dulu kat umah aku ada, tapi bila asyik berpindah randah...entah ke mana pokok tu..mati dah kot. Nak kena tanam semula la ni...Senang je cara tanamnya..potong dahan pokok tu kemudian cucuk je lam pasu, siram..jagalah sikit lam sebulan dua..bila dah mengeluarkan daun baru, taklah jenuh sangat  nak menjaganya. Tapi nak senang lagi..cari je kat nursery bunga ...beli je anak pokok bunga raya putih tu.......
Senang  dan cepat hasilnya.

Wednesday, September 14, 2011

UPSR

13,14 dan 15 September 2011....
Semoga perjuangan kalian
bersama semangat dan keazaman diri...
............. ketenangan dan kecekalan hati.....
berbekalkan ilmu dan doa restu dari guru-guru...
diiringi harapan dan doa ibu bapa..
KEJAYAAN insyaAllah dalam genggaman.........
 

Restu guru untuk semua calon...


Guru Besar turut memberikan semangat sebelum peperiksaan.

Nah pakai pensel ni, seorang 2 batang je...semoga membawa berkat..

Kami janji...5A dalam genggaman ..insyaallah
Semoga Tuhan memberikan kami ketenangan dan mengingati apa yang dipelajari sepanjang ujian ini.

Tuesday, September 6, 2011

Kembali Semula Bersedia Menghadapi Exam...

Assalamualaikum...selamat sejahtera....
Lama tak jumpa. Selepas cuti selama seminggu... 
Rindu dengan semua..tapi tak sempat sebab sibuk dengan macam-macam hal...
sibuk dengan pemantauan nazir,  sibuk beraya....sibuk nak hadapi exam pulak. 
Sape yang ambik exam tu???
UPSR dah dekat sangat...tinggal berapa hari lagi...anak-anak muridku
dah ke berSEDIA ?....sekarang tinggal nak wat ulangkaji je, ..
.sape baru nak mula ngulangkaji tu pun xpe kot2 sempat ingat semua....
gunakan masa yang tinggal berapa hari lagi ni dengan sebaiknya..... 
PMR pun dah hampir.....
SPM jangan ingat lama lagi...pejam celik pejam celik ia akan sampai juga....

Sedikit panduan untuk dijadikan panduan bersama..
sekadar ingin mengingatkan....

Tips untuk menghadapi peperiksaan... 
1. Jaga kesihatan 
    - tidur yang cukup/ jangan terlalu ingat nak wat ulangkaji hingga
      berjaga larut malam.
    - makan makanan yang seimbang. 
    - beriadah untuk menjaga kecergasan diri. (Badan cergas, otak cerdas) 

2. Jaga keselamatan  
    - apa pun yang dilakukan ingatlah, mulakan segala aktiviti dengan Bismillah, 
       semoga Allah akan sentiasa melindungi kita. 
    - Tidak melakukan aktiviti yang lasak dan bermain di tempat yang bahaya.
    -  berhati-hati ketika balik dan pergi sekolah atau ke mana sahaja.

3. Berfikiran positif 
    - jangan gelabah,
    - fikirkan anda boleh melakukan yang terbaik. Fikirkan anda boleh melakukan.
    - Peganglah kata-kata:
                     "Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
                    “Something is better than nothing”

                    Lakukan “Latihan Minda” setiap hari. (bayangan kejayaan)

                   “If you can’t see it, you can’t have it”.

4. Jaga Emosi
    - sentiasa bersangka baik, elakkan menimbulkan kemarahan orang lain.
    - membina perhubungan baik dengan semua orang terutama ibu bapa dan 
       adik beradik 
    - Jangan cepat marah, perlu banyak bersabar. 

5. Jaga Rohani 
    - Sentiasa ingatkan Allah. Mohon pada Allah untuk diberi ketenangan dan 
       ingatan yang baik.Jangan lupa solat dan berdoa.
    - Mohon restu ibu bapa. Minta ibu bapa mendoakan kejayaan kita kerana 
      doa ibu bapa sangat makbul.
    - Mohon maaf dan restu ilmu dari semua guru.



Kepada semua anak-anak muridku yang bakal menduduki peperiksaan 
UPSR, PMR dan SPM...

Semoga anda semua akan tenang dan berjaya menjawab semua soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.
Hanya doa yang cikgu kirimkan mengiringi perjalananmu ke dewan peperiksaan.