Monday, January 18, 2016

NPQEL: Kepimpinan dan Pengurusan

Hari kedua kuliah dalam kelas L420,  Nak simpan nota dalam catatan di sini,, sebagai ulangkaji nak exam nanti dan juga ingatan untuk masa akan datang. Mata ni kalau membaca cepatnya nak terlelap tapi bila berblog ni celik besor pulak...  so ni la salah satu cara nak baca nota ye..

Sehari ni kelas bersama Pensyarah yang berpengalaman, gaya dan cara memberi ilmu yang mencelikkan mata.. Dr Rosnani Kaman. Suka dengan caranya yang tegas dan tepat.. Maklumat nak pendek dan padat. Satu perkataan boleh menggambarkan segalanya.


Nota Kuliah
Imu yang baharu kuperolehi dan istilah yang oleh dijadikan panduan
Kepemimpinan: proses bagaimana seseorang mempengaruhi orang lain supaya mengikutnya dalam pelaksanaan tugas bagi mencapai matlamat organisasi. (jawatan/position) - keupayaan mempengaruhi subordinat berlandaskan keupayaan organisasi.
Pengurusan: proses sosial bagi mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli orgasnisasi bagi mencapai matlamat/ojektif yang paling berkesan (tindakan/action)

Perbezaan Kepimpinan (K) & Pengurusan (P)
K: Mengarah                  P: Menggerak
K: Mengethui                 P: Sistematik  
K: Membuat Keputusan    P: Melaksana
K: Cara/Stail                 P: Aplikasi
k: Pengawal Selia            P: Proses
K: Arahan                     P: Kaedah

Seorang pemimpin harus ada
A -  Ability (keupayaan pelbagai)  & Attitude (sikap yang aik)
S -  Skill ( teknik dan cara yang berkesan)
K  -  knowledge (pengetahuan dalaman dan luaran)


Seorang pengurus perlu ada kemahiran (4M)
P  - Plan /Rancang (Merancang)
O  - Organise / Laksana  (Mengelola)
L  - Leading / Ketua (Menggerak)
C  - Control / Mengawal (Mengawal Selia)

Pemimpin dan Pengurus yang baharu masuk sekolah
(3 buan pertama adalah waktu pemerhatian dan perancangan)
sama ada:
M - Maintain
I - Improve
C - Change

Memarhati dan memahami menggunakan
E - Eye
E - ear
H - heart 


Membuat sesuatu dengan
K - keep
I - it
S - Short
S - simple          but Imformtif

Gaya Kepimpinan
Autokratik - Membuat keputusan tanpa merujuk orang lain
Demokratik - Secara perincangan & Bermusawarah 
Laissez-faire - tolak ansur yang tinggi

Jenis Kepimpinan
1. Autentik 
   - boleh dipercayai, menjadi teladan, ingin dijadikan role model oleh subordinat.
2. Transformasi
    - berkonsepkan perubahan. Melaksanakan perubahan untuk organisasi supaya
      sentiasa cekap dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan.
3. Situasi
    - menggunakan gaya kepimpinan mengikut situasi
4. Instruksional
    - pemimpin pengajaran (PdP), memastikan ada jadual waktu, ada sumber, ada         guru dan ada murid. Berlaku proses pengajaran yang baik dan pembelajaran
      berkesan

Sumber Kuasa Pemimpin & Pengurus
1. Kuasa Sah
2. Kuasa Pakar
3. Kuasa Rujuk
4. Kuasa Ganjaran

Istilah baharu:
Venovelon -  ada pun macam tak ada / tak berapa peduli
subordinat - orang bawahan

Buku Rujukan
Change  Leader by Fullen
Leadership by Burns/Bass
Instruktional Leadership by Hallinger and Murphy
Stail Kepimpinan Tranformational by Leithwood

Berkongsi ilmu dan pengalaman bagi mempelbagaikan cara dan tindakan.

Sunday, January 17, 2016

NPQEL: Laluan Sihat di IAB Genting Highlands

"Tahniah cikgu Hindon. Dapat kat mana?"
"Genting, ermm sakit la lutut aku"
"Tak apa ada laluan sihat kat sana.. nanti lalu la tangga sihat tu"
"Tak larat naik tangga, ikut jalan yang tak melalui tangga tapi jauh sikit la. Cuacanya segar dan nyaman, jalan jauh sikit pun tak apa" 
"Ada kawan yang berkereta boleh tumpang"
"Bawa payung pergi sana nanti"
Tu la versi sembang-sembang dengan mereka yang pernah berkursus di IAB Genting.
Sape yang tak larat nak naik tangga kalau ada kereta sendiri tak mengapa boleh drive bawa dari asrama ke blok kuliah. Tapi digalakkan berkongsi kereta sebab parking tak banyak.

Tak biasa naik tangga 114 anak tangga memang termengah-mengah.. Lau nak cepat sampai ikut la tangga, tapi pagi-pagi nak ikut jalan laluan kereta pun ok jugak sambil menghirup udara segar, kot-kot ada matahari dapatlah sinaran Vitamin D nya.
 Tangga sihat 114 anak tangga.  Penat ada 2 hentian, boleh berhenti sebentar, nak air pun ada disediakan.... hiihihi bukan free, ambil sebotol masukkan seringgit dalam peti.
Tengah hari dan balik kuliah, saya lalui tangga 114 ni, mengejar masa, sebab  rehat waktu makan tengah hari dan solat jam 12.45 hingga jam 2.15.. Kena rushing. Tapi ada banyak manfaat dan kebaikannya.. Kalau melalui tangga ni sehari 6 kali naik turun... 600 kali kita berzikir  pada Allah.... InsyaAllah tak terasa bebannya... bertambah ingatan dan dekat pada Allah.

 Rezeki dapat mentari di pagi ni... dah tiga hari dok sini baru dapat melihat mentari. Ni Fatimah.. rakan sebilik air dan rakan seperjalanan... tangga sama didaki, jalan sama direntasi...
                          
                          
 Hari kedua ramai kawan yang join menghirup udara pagi.. 
 Hari ketiga rasa masam study kat London la pulak.... kabus tebal berbalam aje Menara IAB. Masa ni jam 7.40 pagi.. Perjalanan dari asrma ke Menara IAB mengambil masa 10 minit... jalan orang relex2 sambil berposing.... Kelas start jam 8.15 boleh jalan bersantai-santai, orang pelawa naik kereta pun... terima kasih aje..
         
 
Mudah-mudahan dipermudahkan laluan kami mencari ilmu di sini... 
Bersyukur dengan apa yang ada.

Saturday, January 16, 2016

NPQEL: Kelas SRG5 Ambilan 1/2016

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Maaf la ye untuk sebulan ni cerita-cerita saya berkisar pengalaman di IAB Genting Highlands Pahang. Nak cerita pasal sekolah..  lebih kurang sebulan ni juga tak ke sekolah.. Simpan rindu..

Kali ni nak catat memori perkenalan dengan rakan-rakan sekelas  dan Pengurus dan pengurus bersama kelas SRG5. Nak tahu pengurus tu siapa...hihihi macam artis le pulak ye ada pengurus bagai... hahaha sebenarnya pengurus tu kalau kat sekolah macam guru kelas la. Mereka adalah pensyarah IAB ni yang akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan anak-anak murid dalam kelas kami, menjadi penghubung kami dengan pihak atasan IAB...
Nak kenal ke...

12 Januari 2016 Selasa  Slot Bersama Pengurus
Lokasi Kelas :  L420 - kat tingkat 4 ni.. naik 100 anak tangga
Kalau naik lif sampai aras 3 aje..pas tu panjat la 8 anak tangga...

Ni la Pengurus n Pengurus Bersama kami
Cik Darliana bt Nordin & Encik Abidin bin Mohamad

Sesi pengenalan diri yang disampaikan oleh rakan semeja... selalu perkenalkan diri sendiri tapi kali ni kenali dulu rakan di sebelah pas tu perkenalkan rakan kepada kawan-kawan lain. Kemudian rakan perkenalkan kita kepada kawan-kawan pulak.
Oppss maaf la ye pasangan pertama tak dan nak snap gambar....Sharifdin & Azman.

Naharudin & Mohan                     Fong & Lew
 Cheing & Norliza                Siti Norhaiza & Noraini
 Hilmy & Hj Sapari       Josephine & Mallika
 Zaizar & Norazlina                Abd Halid & Tee
 Rosliwati & Dalina                 Poziah & Rahmah
 Ajni & Norhashimi                   Kamarul & Yahya
 Last sekali turn saya & Selbiah.. hampir-hampir terlupa mereka kat kami..hihihi

Semua memang dah ada gaya berbicara...
Salam perkenalan untuk semua.. akan bersama menjadi murid untuk belajar menjadi pemimpin dan pengurus cemerlang. Insya Allah.
 Ni la senarai sahabat-sahabat baharu saya yang datang dari pelbagai negeri

BIL. NAMA JAWATAN SEKOLAH
1 AB. HALID BIN ZAKARIA PKI SK TMN DESA 2,BNDR COUNTRY HOMES,RAWANG, SELANGOR
2 AJNI BIN ISHAK PENYELIA JPN SELANGOR,SHAH ALAM, SELANGOR
3 AZMAN BIN SULONG GB SK MERBAU MENYUSUT,SETIU, TERENGGANU.
4 CHIENG YET YOONG PK1 SJKC HUA LIAN 1,TAIPING, PERAK
5 DALINA BINTI MOHAMED ARIFFIN PK1 SK KAMPUNG RAJA CAMERON HIGHLANDS PAHANG 
6 FOONG YOKE LAI PK1 SJKC TELEMONG ,28620 KARAK ,PAHANG
7 HILMY BIN MAT NAYAN @ OTHMAN PK1 SK KEMENTAH KEM KEMENTAH, KUALA LUMPUR
8 HINDON BT WAHID PK1 SK MARIAN CONVENT, IPOH, PERAK
9 JOSEPINE A/P RAIPEN PKI SJK(T) YMHA, KUALA KANGSAR, PERAK
10 KAMARUL IZAM BIN ABDUL KADIR PKHEM SK CHANGKAT JONG BATU 8, TELUK INTAN , PERAK
11 LEW SIEW MOI PK1 SJK( C) CONNAUGHT 2 BNDR DAMAI PERDANA, SELANGOR
12 MALLIKA A/P CHAMOO PKKK SJK(T)KUANG, SELANGOR
13 MOHAMED SAPARI BIN MOHAMED ARSHAD PEN. PPD PBS PPDAERAH HILIR PERAK, TELUK INTAN., PERAK
14 MOHANA RAJ A/L GANASEN PK1 SJK(T) KUALA LIPIS, KUALA LIPIS PAHANG
15 MOHD SHARIFDDIN BIN MAT SHARIP PK HEM SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI, GERIK, PERAK
16 NAHARUDIN BIN MD NOR PK1 SK KUALA PING, HULU TERENGGANU,TERENGGANU
17 NOOR HASHIMI BIN HASAN PK1 SK SEKSYEN 27(2) SHAH ALAM, SELANGOR
18 NORAINI BT SAHARI PK1 SK SUNGAI UDANG, KELANG, SELANGOR
19 NORAZLINA BINTI MOHD ARBY PKHEM SK PAHIT, PENGKALAN HULU PERAK
20 NORLIZA BINTI BAHARUN PKHEM SK BUKIT BERUNTUNG, SELANGOR
21 POZIAH BINTI AZIZ PKHEM SEK KEB TOK DIR, TERANGGANU
22 RAHMAH BINTI NIK PKHEM SK BALUN, SLIM RIVER, PERAK
23 ROSLIWATI BT SIDIK AHMAD GB SK SERI LANGKAP SETIU,TERENGGANU
24 SELBIAH BINTI AHMAD PK1 SK SAUK, KUALA KANGSAR, PERAK
25 SITI NORHAIZA BT OTHMAN PK1 SK SELAMA, SELAMA,PERAK
26 TEE SWEE TECK PK1 SJKC MING TEE KAMPUNG TIRAM SETIA , SELANGOR
27 YAHYA BIN OTHMAN PK1 SK BARU, PARIT BUNTAR, PERAK
28 ZAIZAR BINTI ABDULLAH PENYELIA JPN SELANGOR, SHAH ALAM, SELANGOR


Sehati, sejiwa, selangkah, sederap seirama menuju destinasi.... demi anak bangsa...

#belum ada lagi gambar sekelas la...