Monday, May 23, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kali ke 53, 2011

  Tahun ni Perak menjadi tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Kali ke 53. Bertuah la kami yang tinggal di Ipoh. Kejohanan ini diadakan di Stadium Perak. Jadi mudah la saya nak pergi menonton. Kejohanan bermula dengan perasmiannya pada 20 Mei 2011 hari Jumaat jam 8.30 malam, tapi yang terlibat jam 5 dah kena berada di stadium. Majlis penutupan pula pada 24 Mei 2011 hari Selasa jam 4.00 petang.

Sekolah SK Rapat Setia terlibat secara langsung dalam beberapa acara....
40 orang murid Tahun 5 terpilih sebagai peserta untuk Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia bersama 5 orang guru. Acara ini telah mencatat  Malaysia  Books Of Record di mana 10,845 orang murid dari seluruh negeri Perak terlibat sama. Manakala 7 orang guru dan 2 orang staff terlibat sebagai penyanyi koir sepanjang malam perasmian. Yang sukanya sekolah saya ni En. Nazri Mat guru muzik telah terlibat secara langsung dalam penggubahan muziknya bersama pemuzik-pemuzik JPN Perak. Pentadbir sekolah pula telah dilantik sebagai Jawatankuasa Sambutan, untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Dato' Haji  Muhyidin b. Yassin di lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.



Ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapngan
Terbang Sultan Azlan Shah, 


 







No comments:

Post a Comment