Wednesday, February 6, 2013

Kelab Doktor Muda SKMC

Secara rasmi Kelab Doktor SK Marian Convent telah menjadi ahli Program Doktor Muda di bawah program kerjasama antara  Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan peluang kerjasama ini akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada seluruh warga Marian ke arah kegemilangan.

1 Februari 2013
Menghadiri Mesyuarat/Taklimat Program Doktor Muda. untuk  pertama kalinya di Klinik Kesihatan Buntong, Ipoh. Semuanya untuk sekolah, agar peluang dan ruang yang diperolehi akan diteruskan guru-guru lain.Yakin Marian boleh buat yang terbaik. 

Menerima Kit Permulaan Kelab Dr Muda dari Dr. Norlaila dan pegawai  Klinik Kesihatan Buntong.
CD diberi memudahkan pelaksanaannya.

Tambah seronok la Doktor Muda dapat BBM ni.

Perintis Ahli Kelab  Dr Muda, hasil Program Dr Muda Lifebuoy.
Untuk permulaan 5 orang Dr Muda hasil Program Lifebuoy akan menjadi perintis Keahlian Kelab Dr Muda. Ujian/temuduga terbuka akan dilaksanakan untuk memilih ahli Kelab pada minggu ini. Peringkat awal Keahlian dibuka untuk  20 orang sahaja. Tunggu siapalah mereka ye...

No comments:

Post a Comment