Friday, February 8, 2013

Pemilihan Ahli Kelab Dr Muda

Setiap hari Jumaat, jam 12.00 - 2.00 ptg akan diadakan aktiviti Kokurikulum Badan Uniform dan Kelab Persatuan di sekolah saya. Tak adalah pelik sangat kan, sebab kami semua perempuan, cikgunya, muridnya, jadi tak adalah yang  kalut-kalut nak pergi solat Jumaat.

Hari ni juga diadakan pemilihan ahli Kelab Dr Muda sekolah saya. Ramai  murid yang berminat, tapi untuk permulaan Tahun pertama penubuhannya, keahlian dihadkan kepada 20 orang sahaja. Pemilihan dibuat dengan membuat ujian bertulis dan temuduga terbuka. Sebenarnya mereka telah menjadi ahli beberapa  Kelab dan Persatuan yang lain dalam Unit Kokurikulum, tetapi  di antara mereka akan dipilih menyertai  Kelab Dr Muda Sekolah, mereka dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuk sikap kepimpinan dan bertanggungjawab, disamping mengamalkan kebersihan sepanjang masa. 
Taklimat  matlamat dan Objektif penubuhan Kelab Dr. Muda Sekolah.

Pn. Siti Ramlah Azura - Penyelaras Kelab Dr Muda Sekolah  membuat ujian bertulis.




Temuduga terbuka terhadap beberapa calon  yang layak.

Semoga Kelab Doktor Muda Sekolah akan mendapat sokongan semua pihak dan memberi kebaikan dan kejayaan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment