Monday, February 17, 2014

Nazir datang lagi

Hari ni hari pertama persekolahan minggu ke 8. Sempat sampai  sebelum pukul 7.00 pagi.
Perhimpunan mingguan pagi ni rasa bersemangat la pulak. Harap-harap nazir datang esok, rupanya
Jam 7.40 pagi kelibat kereta masuk ke kawasan sekolah, boleh nampak dari atas pentas dewan sekolah ni. Memang sah la orang yang dinanti dah datang. Biasa la bila orang datang nak memantau ni hati dup dap dup dap mesti ada walaupun sebenarnya dah banyak kali dilawati dan semua dokumen dah tersedia.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,
Kali ni saya hanya fokus kepada pengurusan HEM, 3 orang nazir yang menemubual berfokuskan program kemenjadian murid. Alhamdulillah semua program yang ditanya dan disarankan memang telah dilaksanakan. Nazir teruja dengan budaya marian..bersanggul dan bercekak serta amalan Smile & Greet, cara murid Marian menyapa dan memberi salam. Sahsiah Cemerlang, Akademik Gemilang.

Terima kasih tak terhingga kepada Pn. Zaiton Su, Setiausaha HEM, Pn Suzira Mamat - Guru Bimbingan Kaunseling dan semua Jawatankuasa saya yang telah mengemaskini dokumen dalam fail seperti yang dikehendaki. Apa yang diminta semua ada dalam fail...
Dalam post yang lepas telah maklum fail  dalam pengurusan HEM yang perlu disediakan untuk divertifikasi oleh Nazir so siap sedia yang tu je, tp yang lain pun kena siap sedia, kekadang tak tentu pegawai tu minta yang mana.

Bila pelaksanaan program didokumentasikan mengikut masa, masalah tak akan timbul. Itulah bukti sebenarnya. Alhamdulillah diharapkan program-program ke arah peningkatan sahsiah akan diteruskan dan ditambahbaik ke arah sifar masalah/isu.

Tugas Nazir - mendengar, melihat dan mencatat

 Empat pegawai dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti;
1. En. Ahmad Kamal b. Hj Yasin - Nazir Kanan JNJK Pahang
2. En. Tajudin bin Shaari -Cawangan Kulim, Kedah
3. Pn. Zurita bt Md Ramli - Perlis
4. Pn. Noor Salmiza bt Ismail - Perak



Kyusuknya kakak-kakakku mendengar dan mencatat.
 
 Terima kasih ye Guru Bimbingan Kaunseling dan LO Nazir kali ini.

Bunga mawar kembang berseri,
Menghiasi laman harum mewangi,
Mengalukan kedatangan tetamu hari ini,
Semoga datangmu Tuan membawa rezeki.


No comments:

Post a Comment