Friday, February 14, 2014

SKMC Top 10 Sekolah Berprestasi Tinggi

TAHNIAH dengan perkhabaran ini...

Dua hari tak pergi ke sekolah...+ 2 hari cuti hujung minggu,  so kena tunggu minggu depan la baru dapat berjumpa semua...rindu la pulak. Agaknya semua sibuk membuat persiapan untuk majlis besar yang akan dilangsungkan dalam masa 2 minggu ni kan.... Esok nak ada Seminar Keibubapaan Tahun 6, minggu depan pulak Majlis Anugerah Cemerlang 2013...Tu belum lagi aktiviti-aktiviti rutin lain yang terlibat. Ha..jangan lupa minggu depan jugak la nazir akan datang memantau sebab minggu depan minggu akhir untuk penilaianTawaran Baru Guru Besar, jadi mereka pasti datang, so standby je la, tak tau hari apa mereka nak datang. Minggu depan pun akan menerima tetamu dari IPG Kampus Ipoh. Welcome semua. Kedatangan anda amat dialu-alukan.

2 hari kena berada di sini.
Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Hutan Melintang, Perak.
Bersama GB menghadiri Bengkel Kerja Kelestarian Akademik Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Pentadbir Siri 1/2014.
Syukur alhamdulillah berkat kerajinan guru-guru dan murid-murid serta sokongan ibu bapa Marian terus cemerlang. Semoga sekolah saya akan terus meningkat prestasinya. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Semuanya memerlukan pengorbanan dan kerjasama.


                                                        Ranking 20 Terbaik Sekolah SBT 2013/2014
Ucaptama daripada
Tn Hj Md Kasim Md Noah
Timbalan Pengarah Bah. Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pendidikan Malaysia
(daripada 55 buah SBT Sekolah Rendah)
1  SJKT Ladang REM, Johor
2  SK Convent of Infant Jesus (2), Melaka
3  SK Bukit Damansara, WP Kuala Lumpur
4  SK Taman Tun Dr Ismail (1), WP Kuala Lumpur
5  SK Convent  of Infant Jesus (1), Melaka
6  SK Perempuan Methodist, Pahang
7  SK Convent Infant Jesus, Johor
8  SK Zainab (2), Kelantan
9  SK MARIAN CONVENT, PERAK
10 SK (P) Sultan Ibrahim, Kedah
11 SK Convent (M), Johor
12 SK Convent Green Lane, Pulau Pinang
13 SK Assunta Convent (M), Selangor
14 SK Putrajya Presint 11 (1), WP Putrajaya
15 SK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
16 SK Bandar Uda 2,Johor
17 SK Seri Bintang Utara, WP Kuala Lumpur
18 SK Jalan 3, Selangor
19 SK Zainab (1), Kelantan
20 SJKC perempuan Cina, Pulau Pinang


En Muhamad Bustamam Abdul Malik
Pensyarah Cemerlang DG54  IAB memberi Taklimat Pelan Tindakan
Prof. Datuk Hajah Mizan - Pengarah Permata Insan

Pensyarah IPG Bahasa Kampus Antarabangsa
Ang Chooi Kean memberi Taklimat Pencerapan Klinikal
Banyak ilmu yang diperoleh sepanjang berada di sini.
Kata-kata yang akan sentiasa diingati....
Ilmu yang diperolehi adalah untuk
MENAMBAHBAIK yang MEMANG BAIK dan
MENAMBAHBAIK yang KURANG BAIK..

"If you want to keep young, we've keep learning"



No comments:

Post a Comment