Alhamdulillah rombongan sekolah saya telah selamat sampai semula di tanah air sendiri pada pagi tadi jam 6.05 kapal terbang selamat mendarat setelah melalui perjalanan dalam cuaca agak membimbingkan, dapat tahu bila kapten kapal beberapa kali mengumumkan agar duduk dan memakai tali pinggang kerana keadaan kurang baik.
Ok la sebagai kenangan catatan pengalaman akan saya buat dalam beberapa entri, tengok la kesempatan yang ada, insyaallah sama ada ikut hari atau ikut tempat yang kami tuju.. terlalu banyak rakaman foto yang diambil. Ye la mungkin ini yang pertama dan terakhir bagi saya, nak datang lagi entah bila, so mana yang rasa nak snap..hala je lensa tu n petik je la sampai tak cukup memorinya..hihihi, tu pun bawa dua kamera lagi. Dah tugas utama saya dalam kumpulan ni sebagai camerawomen, tangkap mana yang patut. Terima kasih kepada En.Hamzah tour guide di Australia yang membantu merakamkan semua memori di Melbourne.
Jadual program ada banyak perubahan kerana keadaan masa dan program sekolah yang hendak dilawati. So tak sama la dengan tentatif program dalam entri yang lepas.
Peserta Program Pengantarabangsaan SK Marian Convent ke Melbourne bersama guru-guru dan keluarga sebelum bertolak |
Perjalanan ke Airport amat merisaukan, dengan perjalanan yang lambat dari jangkamasanya. Bas dari Pulau Pinang lambat sampai kerana traffic jam. Kenderaan di highway ke KLIA pun banyak. Alhamdulillah berkat doa semua, kami sampai di Airport 2 jam sebelum penerbangan. Dua jam tu kira lambat untuk yang pergi secara group sebab nak check in bagasi, kalau pergi seorang dua kira ok la..
yang ada pasport je leh ikut..hihihi |
Jam 1.10 pagi baru nak makan malam...nasi + ikan - hidangan dalam MH149 |
Dah pakai baju tebal, sejuknya dah terasa ....
Perjalanan kami diurus oleh Syarikat Pelancongan, memudahkan segala urusan.
Tempat orang, mana kita tak tahu selok beloknya kan.. makan minum pun semua terurus. Maggie yang buat bekal pun tak dimakan, ermmmm buat penuh beg je. Tak perlu risau kalau pergi ikut pakej, Beg, tag nama dan tag beg pun dapat agar seragam dan mudah dilihat.
Catatan Perjalanan (1 Jun 2014 - Ahad):
Masa Malaysia
2.50 pm: Sampai di Sekolah
Jangka bergerak 4.00 petang.Ingatkan 3.30 petang tu yang datang awal. Lagi pun ada beberapa perkara yang perlu dikemaskini.
5.40 pm: Bertolak ke KLIA
9.50 pm: Tiba di KLIA - check in Bagasi & Pemeriksaan Kastam
11.30 pm : Masuk ke Flight MH149
11.50 pm : Flight mula bergerak.
12.05 pm: Makan malam diedarkan.
6.00 am (2hb): Sarapan dalam MH149
7.20 am : Fight selamat mendarat. Waktu Melbourne (9.20 pagi- cepat 2 jam)
Untungnya dok tepi tingkap, dapat berkongsi pemandangan yang sempat dirakam.
Ok dah tak larat ni,
Insyaallah esok lusa saya cerita lagi pengalaman dan berkongsi gambar-gambar menarik di Melbourne.
Jumpa lagi di next entri.
No comments:
Post a Comment