Friday, June 6, 2014

Pertama kali Menjejakkan kaki di Melbourne

                          
Selamat sampai di bumi Australia, Suhu hari ini 10 darjah celcius.
Awal musim salji, tapi tak ada salji, cuma angin yang menyebabkan rasa sangat sejuk.
Roda Kapal terbang mencecah darat pada jam 9.20 am waktu Melbourne.
Selamat Sampai di Melbourne, Australia pada 2 Jun 2014
                                 
Berbaris untuk pemeriksaan masuk ke Melbourne. 
Snap beberapa foto sebelum ditegur..hehehe kena marah,
Tak nampak pun larangan mengambil gambar.
Letih beratur untuk sampai ke pemeriksaan kastam dan mengambil masa yang lama.
                                 
                                 
Selesai proses masuk dan mengambil bagasi, terus ke pintu keluar di mana telah menunggu tour guide yang akan membawa kami sepanjang program di Melbourne. Dia yang akan menguruskan perjalanann dan makan minum kami di sini.
Peserta Program bergambar kenangan di hadapan Melbourne Airport.
Selepas bergambar kami terus naik bas untuk ke Kawasan perkampungan Sejarah Awal Penduduk di Ballarat iaitu  di Sovereign Hill. Sebuah kawasan lombong emas yang menjadi perebutan pada zaman itu. Bas dua tingkat. Semua duduk di tingkat atas, tingkat bawah untuk isi bagasi je. First time naik bas 2 tingkat, kat Malaysia ada tapi tak berkesempatan. Bila duduk atas nampak jelas pemandangan yang cantik di sepanjang perjalanan.huhuhu tak dapat dok depan sekali, jadi tak dapat la nak snap dengan lebih jelas.
                                 
                                 
Ikuti catatan perjalanan saya di next entri.

No comments:

Post a Comment