Perjalanan ke Sovereign Hill mengambil masa sejam setengah, jalannya lurus dan tidak banyak kenderaan. Kanan kirinya terbentang luas kawasan lapang, tak ada banyak pokok besar, baru lepas musim luruh jadi daun-daun pun dah berguguran. Nampak seperti padang ragut, sempat juga merakamkan suasana sepaanjang perjalanan untuk dikongsi bersama. Dalam bas ni tak boleh berjalan-jalan, kena pakai tali pinggang, jadi tak dapat nak snap semua kawasan.
Sampai sahaja di Sovereign Hill, kita makan dulu, dah tengah hari, walau pun tak terasa lapar, kena makan juga. Nasi ayam stail Malaysia sebab yang masak memang orang kita jugak. Berkelah makan di lereng bukit sambil menikmati pemandangan yang cantikk.
Selesai makan, nampak muzium emas ni..tapi tak masuk, posing kawasan luar je, pantang nampak lokasi yang cantik, apa lagi ha posing saja la.
Hihihi tu kat patung hitam tempat buang sampah, pun nak posing jugak,
suka kan pemandangan belakang tu,
Laluan masuk ke kawasan perkampungan pelombong emas di Sovereign hill, kawasannya sangat luas, saya tak pergi semua tempat, tak larat nak jalan. Banyak foto yang dirakam, saya pilih yang tertentu je, nak tengok yang lain nanti akan saya upload dalam FB sekolah saya.
Masing-masing mencuba untuk mendulang emas...
emas, emas, aku kaya, aku kaya, kalau aku kaya....hari hari hari raya
4sekawan kesejukan di Sovereign Hill, serasa sebaya la pulak |
Ni laluan ke lombong emas bawah tanah. Kena melalui 105 anak tangga dan mengambil masa 12 minit untuk patah balik ke laluan masuk. Hanya 15 orang dalam 1 group dalam setiap perjalanan.
Pergi la masuk, saya tunjuk jalan je.. |
Bangunan dan kedai Sekitar kawasan perkampungan dan watak-watak penduduk perkampungan lombong emas. Pergi la ke setiap bangunan, ada yang masih digunakan sebagai lokasi pameran dan aktiviti dan ada yang ditutup berkunci mungkin aktiviti di situ tidak sesuai ditunjukkan.
Tempat menunggu untuk menaiki kuda |
Beradu tenaga..siapa menang?
Demontrasi membuat lollypop,
Demontrasi melebur emas untuk dijadikan jongkong emas,
orang besar tak dibenarkan memegangnya ,
bertuahnya farah farisya dapat memegang, beratnya...maaf gambar gelap.
Di ruang pameran dan jualan, tak larat nak menarik jongkong emas tu.
Kedai pameran dan jualan barangan tembaga
Di luar bangunan sekolah, tak boleh masuk
Dah tak larat nak naik atas, hanya sampai di sini. Atas tu ada pusat bowling,
ramai kat sana, tu yang malas dah nak naik, lagi pun dah kena panggil untuk turun.
Sebelum tu sempat lagi nak posing di halaman cottage ni,
sukakan halaman yang bersih dan tersusun.
Rakaman terakhir sebelum keluar dari kawasan perkampungan sejarah ini.
Pasukan Choral Speaking membuat persembahan
di pintu masuk Perkampungan Sejarah Sovereign Hill, Melbourne
Selamat Tinggal Sovereign Hill. Ballarat, Australia. Ada rezeki Insyaallah ke sini lagi. |
Memang sejuk. Anginnya terasa dingin sekali
Cuaca cepat gelap
Dalam perjalanan pulang ke hotel untuk check in, kami singgh di rumah Tuan Hj Salem Salikin rakyat malaysia yang telah 25 tahun menetap di Australia. Orang jawa ni, asal dari Klang, Selangor. Beliau juga president Penduduk Melayu Australia. Isterinya Puan Hamidah rakyat Singapura, makanan kami kak Ida la yang masak, memang mereka membuat bisnes catering. Kami dihidangkan nasi briani yang errmmm memang sedap, makan bertambah.
Sambil makan menonton Berita TV3. Tuan Haji Salim memang sentiasa menonton Siaran TV Malaysia. Astro pun ada. Rumahnya memang jadi tumpuan pelancong Malaysia.
Makan dengan Ikram dizly..ye ke Fairul Nazwa?
....tu En.Hamzah tour guide kita, orang Klang jugak tapi dah menetap di sini,
wat bisnes ni la. dia la yang menguruskan makan minum kami sepanjang di sini,
catering dengan kak ida.
Sebelum balik, bergambar kenangan bersama tuan rumah yang peramah dan baik hati.
Sesiapa yang datang Melbourne boleh la contact mereka. Mereka juga menyediakan perkhidmatan penginapan.
Seharian dalam perjalanan, dari bas, naik kapal terbang, naik bas lagi... akhirnya check in ke hotel..baru puas mandi dan landing....zzzzzzzzz
Catatan Perjalanan Hari ke2 (2 Jun 2014 - Isnin)
Masa Melbourne
9.06 am : Tiba di ruang udara Melbourne
9.20 an : Selamat Mendarat.
11.30 am : Naik Bas bergerak ke Ballarat
1.00 pm : Tiba di Ballarat - makan tengah hari.
4.40 pm : Selesai aktiviti di Sovereign Hill - bergerak balik Melbourne.
5.05 pm : Berhenti solat di University of Ballarat (cuaca dah gelap)
5.20 pm : Meneruskan perjalanan.
6.45 pm : Makan Malam di rumah Tn Hj Salim & Puan Hamidah Saleh di 15, Feflections, Boulevard Tarneit 3029
7.40 pm : Bergerak balik ke hotel
8.30 pm : Check in hotel - IBIS Budget Melbourne CBD
Jangan lupa intai entri seterusnya... cerita tentang haiwan-haiwan comel Australia pulak.
No comments:
Post a Comment