Thursday, June 19, 2014

Sekolahku Bercahaya

Minggu pertama persekolahan setelah 19 hari bercuti....
baru berkesempatan untuk bersama di sini...mesti ada yang terkejut kan bila ada  perubahan yang berlaku, sedikit perubahan wajah laluan ke sekolah saya..walaupun masih belum siap sepenuhnya.
Pagi tu saya terawal pulak sampai ke sekolah....dua tiga hari sebelum tu agak terlewat sikit tapi masih belum merah punchcardnya.....so sempat la melihat cahaya tu dengan lebih jelas..menyinari laluan baru dan halaman sekolah saya lebih terang.. alhamdulillah mudah-mudahan anak-anak Marian akan lebih selamat.

Terkejut juga pagi tu sebab seawal 6.20 pagi  sudah ada anak-anak Marian yang sampai di sekolah.
 Laluan masuk ke sekolah saya semakin luas dan bercahaya di awal pagi


Inilah hasil usaha ahli PIBG sekolah saya. Kira projek KSIB dalam Sarana Ibu Bapa la ni. Terima kasih tak terhingga kepada Pn. Hjh Saidatul Akma bt Jamaludin, Naib Yang DiPertua PIBG sekolah saya yang banyak memainkan peranan dalam merealisasikan impian dan hasrat sekolah demi keselamatan anak-anak Marian. Terima kasih juga kepada Pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Ipoh yang sentiasa memantau bagi memastikan laluan ini selamat digunakan. Semoga perjalanan traffic ke sekolah saya berjalan lancar terutama pada waktu puncak.

Sekarang kantin sekolah saya pun dibuka awal pagi... tak lah risau sangat kalau ada murid yang awal sampai, selain jaga sekolah, pengusaha kantin pun ada.
 Cahaya di dewan pun terang benderang....siapa yang datang awal, awal lah mereka duduk di dewan untuk membaca dan mereka dibenarkan menyiapkan kerja sekolah dikelas sebelum ke dewan tu. Semua murid diwajibkan berada di dewan jam 7.10 pagi untuk aktiviti membaca.

Cahaya neon menerangi alam..
Cahaya kerajinan memberikan kejayaan....

No comments:

Post a Comment