so malam ni baru berkesempatan untuk bercerita kisah detik-detik terakhir di Melbourne...
Seawal jam 8.15pm kami dah sampai Airport, kena tunggu kaunter buka jam 9.15pm. Biar sampai awal daripada terlewat kan, pengalaman semasa datang jadi pengajaran...hihihi sebenarnya macam tak sabar je nak balik Malaysia.
Masa yang ada dimanfaatkan untuk window shopping n menjamu mata di sepanjang lot shop kat Airport tu dan yang paling penting...hehehe..apa lagi posing la.
Sementara kami meronda kawasan Airport,
dua tour guide tu kena jaga luggage kami..
kesian mereka... hihi terima kasih.
Sembang santai selepas check in bagasi.
Tunggu nak masuk flight pulak.
Pasport dah kuar tu.. Tak sabar tunggu masa flight.
Terima kasih En. Hamzah Mohd Sulaiman dan Cik Suhaila Suhaimi tour guide kami sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia. |
Pn.Zaiton+Ayra Zahra, Aisyah Adriana, Mah Wen-Lyn, Laksmi Ananda & Harene Nair |
Pn.Thirupthi + Farah Farisya, Arinna Qaisara, Ellyssa Chan, Edwina, Amelia Adlina & Sharvena |
Pn. Nora'ini + Adlina Balqis, Kavinaya, Narisha, Nisha Leann Chelvan, Nur Syadiah & Warda Najwa. |
Pn. Goh SweeFong + Nurdina Fatin, Aashritta, Samantha, Sashvinna Kaur, Soneeta Kaur & Nur Anis Hazwani |
SELAMAT TINGGAL MELBOURNE......
Dalam flight, tidur je, tak berapa selesa hidung ni sebab tu paksa lena kan diri, walau rasa susahnya nak lena, 8 jam duduk , sakit pinggang. Terjaga pagi tu , terus sarapan nasi lemak + teh O...
Jam 6.08am flight mendarat. Turun flight, ambil bagasi n tunggu bas......lewat jugak basnya sampai, so dok melanguk lagi la. Meninggalkan KLIA jam 8.40am.
Selamat sampai di sekolah pada jam 1.00pm.
Alhamdulillah, perjalanan kami selamat kembali ke sekolah.saya. Dari situ bermula, disitulah berakhir. Masalah yang timbul dapat diatasi.....ada masalah ke? Biasala anak-anak, disiplin tak ada la sangat. cuma kecuaian sahaja yang menyebabkan kerisauan. Tapi alhamdulillah semua selamat.
Tiada apa yang dapat diucapkan atas pengalaman ini, hanya sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tak terhingga kepada guru besar sekolah saya, rakan pentadbir kak pah, kak ton n kak niza yang banyak membantu merealisasikan pemergian saya mencatat kenangan di Melbourne, kepada penyelaras Noni yang banyak berkorban masa dan tenaga menguruskan semua agenda, kepada guru-guru yang membantu persediaan program dan mengiringi perjalanan program ini Goh, Thirup n Wa serta seluruh warga marian yang sentiasa mendoakan kami disepanjang perjalanan. Selamat pergi dan Selamat Kembali. Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment