Saturday, July 5, 2014

Nur Alya Maisarah peserta Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC) di Bandaraya Fukuoka, Jepun

Tahniah Alya Maisarah. Sekolah turut berbangga dengan penyertaan Alya dalam konvensyen tersebut. Ianya memberikan sumbangan bagi menambah program pengantarabangsaan sekolah SBT.

Pada 25 Jun yang lalu, saya telah menghadiri satu majlis meraikan peserta Konvensyen Kanak-kanak Asia Pasifik di fukuoka Jepun. Program tersebut  akan bermula pada 10 Julai hingga 24 Julai 2014. Dekat nak raya baru mereka balik.
Nur Alya Maisarah bt Hirwan antara 4 orang kanak-kanak yang akan mewakili Bandaraya Ipoh ke konvensyen tersebut. Program tersebut adalah acara tahunan kerana  Ipoh dan Fukuoka adalah bandaraya berkembar. Ianya juga disertai oleh 50 buah negara Asia Pasifik. Mereka akan tinggal dengan keluarga angkat dan belajar di Sekolah Jepun.Selain itu mereka akan membuat  persembahan tarian tradisional Malaysia.
Tahniah sekali lagi Alya. Balik nanti buat laporan catatan perjalanan ye supaya kawan-kawan lain boleh mengikuti sama pengalaman Alya bersekolah di Jepun.
 Kawan-kawan turut meraikan Alya,
 harap-harap mereka juga berpeluang akan ke Jepun satu hari nanti.
 Bersama Alya, ibunya , Pn Aniza dan Pn Hjh Shaidatul Akma,
Timbalan SU MBI(Pengurusan) juga merupakan NYDP PIBG sekolah saya.
 Alya  menerima sumbangan daripada MBI
Alya bersama 3 peserta lain dari SK Perempuan Methodist, 
SK Methodist ACS Ipoh, SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh dan guru pengiring 
Pn Rozlina  Abdul Manap PK HEM SK Perempuan Methodist, Ipoh
Bersama En. Mohd Zakuan  bin Hj Zakaria SU MBI dan 
En Yamin  bin Zakaria Ketua Pen.Pengarah Hal Ehwal Murid JPN Perak.

Semoga Alya selamat pergi dan kembali.

No comments:

Post a Comment