Hari ni 4 Ramadhan bermakna dah 4 hari la kita berpuasa.
Hari ni juga giliran saya menjadi ustazah pilihan untuk memberi sedikit tazkirah kepada anak-anak muslim Marian. Semalaman memikir apa tajuk nak diberi. Alhamdulillah ilham datang selepas solat subuh pagi tadi. SAYANG dan CINTA..tema tu yang selalu saya sebutkan kepada semua anak-anak Marian, I LOVE SKMC, sayangkan sekolah, sukakan sekolah, Rajin datang sekolah, seronok berada di sekolah. tapi kali ni nak kabo agar kita lebihkan SAYANG dan CINTA kepada ALLAH..tak sempat nak bercerita tentang cintakan Rasul. Lain kali ye insyaallah. Masa 15 minit aje (waktu rehat).
Cintakan Allah..Apa tanda kita cintakan Allah?
Tanda-tanda CIntakan Allah SWT...
1. Banyak berzikir. (hari ni hari Rabu so kita banyakkan beristgihfar (baca 1000kali sebaik-
baiknya) - bila membacanya Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati kita) boleh tengok
entri yang lepas tentang amalan berzikir sebagai penawar hati setiap hari bacaan zikir berbeza.
Selain itu kita juga boleh mengamalkan zikir memuji-muji Allah setiap hari seperti Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakhbar. Paling tidak sebut Ya Allah, Ya Allah Ya Allah. NamaNya sentiasa
di bibir kita.
2. Kagum dengan keagungan dan keMahabesaran Allah SWT yang mencipta seluruh isi alam ini. Kalau kita cintakan seseorang mesti sebab kita mengagumi kecantikan atau ketampanannya kan.
Jadi bila kita cintakan Allah kita akan sentiasa memuji kebesarannya seperti gunung yang indah
menghias alam, pokok-pokok hijau yang memberikan oksigen untuk kita bernafas, dan lautan
yang kaya dengan hasil laut yang boleh dimakan. Bila mengagumi kebesaran Allah, kita
memujinya dengan menyebut Subhanallah.tanda mensyukuri kurniaan Allah. Insyaallah jika kita
sentiasa mengingati Allah, Allah akan lebih dekat dengan kita.
3. Taat iaitu Buat apa yang disuruh. Kalau kita sayangkan sesorang kita sanggup lakukan apa
sahaja. Jadi bila cintakan Allah SWT kita wajib mengikut apa yang disuruh seperti dalam rukun
Islam, Solat dan berpuasa. Taat setiap suruhanNya. Jadi jangan tinggal solat, dan sekarang dalam bulan Ramadhan kita wajib berpuasa. Dari kecil la kita latih diri untuk berpuasa, menahan lapar
dan dahaga, agar kita insaf dan merasai kesusahan mereka yang tidak mendapat makanan.
Oleh itu anak-anak Cintailah Allah melebihi segalanya. Insyaallah Allah akan membalas cinta kita dengan memberikan seribu kebaikan / rezeki yang mungkin kita sedari atau tanpa disedari.
Cinta pada manusia, manusia akan mati.
Cinta pada Allah, tetap kekal abadi...
Satu, satu saya sayang Allah,
Dua, dua sayang Rasulullah,
Tiga, tiga sayang ibu ayah,
Satu, dua, tiga sayang semuanya.
Cikgu! Sayang tak?
Ok jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment