Tuesday, December 23, 2014

SJKC Bertam Valley, Cameron Highland dan Cikgu Faizol

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua
Lama baru nak menunaikan janji ni...
nak berkongsi cerita tentang sekolah tu.
Ni la adik kedua kecik dalam kelas kami.. kecik??? hihihi
dah 10 tahun mengajar di SJKC Bertam Valley ni.
Belakangnya tu PK 1 dan PK HEM sekolahnya.
Sebulan lalu heboh kisah sekolah ni.... tak tahu la apa kesudahanya, pindah ke tidak..kita tunggu aje la, walaupun ramai ibu bapa yang bersetuju sekolah itu dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat atas nasihat TNB, tapi ada jugak yang membantah. Ni kira kali kedua saya mendengar berita banjir lumpur yang sekolah ni. Kesian kat kawan seorang ni yang mengajar di sekolah tu sejak dia posting mula-mula jadi cikgu, dari bujang sampai dah beranak 3 sekarang, dah faham apa anak muridnya cakap, nak ajar Bahasa Melayu translate Bahasa Mandarin bagi anak muridnya mudah memahami. Dia ni nak kira adik pun boleh sebab muda lagi, kawan sebab kawan sekelas, hehehe orang tua belajar dengan orang muda, jadi muda la balik....

Bila berlaku bencana yang menimpa sekolah tu tertanya-tanya dan nak ambik tau jugak la... kerana ada adik faizol seorang ni... Kes banjir lumpur bulan Oktober 2013 melibatkan sekolah Faizol jugak keretanya rosak teruk, Pengalaman yang dirasai kini berulang lagi.

Baru-baru ni berlaku lagi.... 7 November 2014
Ha ni yang baru berlaku seminggu selepas kami berkunjung ke sekolah ini. Gambar ni saya dapatkan daripada Cikgu Faizol. Gambar suasana sekolah yang diambil dari rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ. Hanya mampu melihat arus air yang deras...
                                       

Keadaan sekolah semasa lawatan penanda aras kami ke SJKC Bertam Valley... 3 November 2014
kawasannya memang di tanah rendah, bas parkir di bahagian atas, jaraknya lebih kurang 100 meter je kami berjalan laju je sebab menuruni tanah tinggi. Melihat keindahan kawasan sekolah, dah tak sabar nak posing,   hihihihi....warna ekolah tu menceriakan keadaan tambah dengan bunga-bunga yang sedang berkembang dan hamparan rumput yang menghijau....macam tak percaya pernah berlaku banjir lumpur di sini setahun yang lalu.

 Ni berjalan dari parkir bas, 
sampai depan pintu pagar posing dulu mak-mak dara ni
eh..mana lagi 2 orang ni

  
 Berjalan menuju ke Bilik Gerakandi tingkat atas
berhenti sekejap di sini... 
kena buh label besar sikit dan warna merah baru jelas
Ni la ketinggian paras air ketika banjir lumpur 2013,
kalau saya ni tinggal kepala aje,badannya dah penuh selut
 Kenangan bersama di halaman sekolah bersama pensyarah kami.
 Sebenarnya tujuan kami ke sekolah ni untuk menyelesaikan tugasan kami dalam Program Bina Insan Guru (BIG) Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kohort 1 Ambilan Jun 2011. Sebagai tugasan terakhir BIG, kami mengambil peluang ini melawat sekolah tempat Cikgu Faizol mengajar dan kebetulan Cikgu Faizol adalah Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Lawatan ini selain berkongsi ilmu, ia juga memberikan gambaran dan kesukaran yang dialami oleh Cikgu Faizol yang terpaksa menuruni banjaran untuk sampai ke IPG Kampus Ipoh setiap bulan tepat pada masanya.
 Cikgu Faizol memberikan taklimat sebagai Guru Cemerlang dan 
proses pengajaran yang selalu dilakukan bagi mencapai objektif

Pensyarah BIG En Mohd Radzi Hj Johari 
dan Tutor kami Tuan Haji Ayob bin Salleh.
                                                                  
                                     
 Penghargaan kepada pihak sekolah dan Cikgu Faizol
Nak tahu keistimewaan dan kehebatan Cikgu Mohd Faizol bin Mohamed Nor..
* Anak kelahiran Kelantan.
*Mula mengajar pada 3 jan 2005 dan disahkan dalam perkhidmatan setahun kemudian.
* Opsyen Matematik dan Pengajian Melayu.
* Sekolah pertamanya SJKC Bertam Valley, sekolah ini lah.
* Guru Cemerlang Bahasa Melayu sejak 16 Okt 2010 dan disahkan kali kedua sebagai Guru
   Cemerlang pada 23Disember 2013.
* Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2009
* Penerima Anugerah Khas Hari Guru Peringkat Daerah Cameron Highland 2010
* Penerima Anugerah Lonjakan Saujana UPSR 2012
* Peserta Negeri Pahang dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2012
* Penerima Anugerah Khas Teknikal : Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembangunan Kemanusiaan 2012.
* Selain tugas rasmi di sekolah,Cikgu Faizol menjadi
    - Jurulatih Utama SISC SK Lemoi dan SK Telanok sebuah sekolah Orang Asli. (2012/2013)
    - Jurulatih Utama KSSR Tahun 3,4 dan 5 Negeri Pahang
    - Jurulatih Utama Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2014
    - Pengerusi Guru-guru BM Kelompok SJKC Daerah
    - Panel Penulisan RPT KSSR BM SJK Tahun 3,4 dan 5 Negeri Pahang
    - Membina Modul Khas bagi Murid Cemerlang dan Murid Harapan BM Kefahaman dan Penulisan SJK
    - Penceramah Teknik Menjawab Kertas BM UPSR bagi SK dan SJK dalam dan luar Negeri Pahang.
Memang sibuk Cikgu Faizol ni...dengan belajarnya lagi.  Semuanya itu dapat dilaksanakan seiring kerana budaya kerja yang diamalkan iaitu....
          * Hasilkan sesuatu yang orang lain belum hasilkan. Harus menjadi orang yang pertama.
          * Banyakkan pembacaan buku-buku ilmiah
          * Dampingi orang yang berpengalaman
          * Permudahkan urusan orang lain
          * Ingat klien utama dan berfikiran positif
Perkara yang sentiasa menjadi pegangan juga menjadikan beliau mencapai apa yang diimpikan kerana baginya....Perlu sentiasa tukar gambaran, jika tidak akan meranalah badan. MASALAH akan wujud apabila wujudnya perbezaan atau jurang yang amat besar antara HARAPAN dan KENYATAAN. Oleh itu, rendahkan atau turunkan had harapan kita.

Semoga Cikgu Faizol akan terus berjaya dalam kerjayanya dan sentiasa tabah menghadai dugaan dan rintangan kerana perjalanannya masih jauh ke destinasi terakhir.

Pemandangan yang sempat dirakam dari tingkat atas..
                               
                                       
Sebelum balik sempat lagi merakamkan kenangan di sini, sekarang ni pokok-pokok dah tak ada...


 Ni yang kami dapat..oleh-oleh dari Bertam Valley..
 Terima kasih Cikgu Faizol

SJKC Bertam Valley satu destinasi yang belum pasti..
#siapkanlaporanBIGGuruCemerlang#CikguFaizol

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam
      Terima kasih. InsyaAllah satu hari ada kesempatan dan rezeki ke Padang Bukit Tinggi akan dihubungi.
      Terima kasih juga sudi singgah di sini.

      Delete