Thursday, March 12, 2015

Persaraan En Hajar Malik Penyelia HEM PPD Kinta Utara - Ucapan Penghargaan wakil PK HEM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Minggu ni memang sibuk sikit la. Banyak perkara nak diurus, biasa la kerja sampai bila pun tak akan habis kan.... bersara aje nanti tak perlu nak fikir pasal kerja kan..
Opps sebut pasal bersara ni.. minggu ni ada majlis meraikan persaraan Penyelia Kanan HEM PPD kami.. Dan seminggu ni jugak la saya dok berulang ke PPD melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan bersama lebih 50 orang Penolong Kanan HEM lain... jadi petang tu off sekejap tugas di PPD.. rehatkan minda dan ceriakan diri di Kinta Riverfront Hotel & Suite.
Tak pergi SEKOLAH...tak rindu ke? Sehari tak datang, terasa RINDU... Nak ke PPD Lalu depan sekolah  tengok signboard untuk melepas RINDU je hihihi.

Ni kira pertama kali kami meraikan pegawai PPD bersara..
Sebagai menghargai jasa Encik yang banyak membantu melancarkan proses kerja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah.
Selain itu majlis ini telah mengeratkan lagi ukhuwah antara kami yang masing-masing sibuk dengan tugas harian di sekolah.
Seramai 48 orang PK HEM yang terlibat dengan majlis ini.

Kenangan bersam Encik Hajar Malik dan
                                                            Encik Abdul Manaf bin Asmuni Timbalan PPD
                                     
Turut hadir Ketua Pegawai PPD, Timbalan PPD dan semua Pegawai di Unit HEM PPD Kinta Utara.


Jom kita hayati ucapan wakil Penolong Kanan HEM , Encik Ujis bin Mat Zahid (PK HEM paling Senior)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur ke hadrat  Allah swt kerana dengan izinNya saya diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh makna ini. Selamat datang dan terma kasih kerana tuan-tuan dan puan-puan sudi hadir dalam majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan persaraan Encik Hajar bin Malik, Penyelia Kanan HEM PPD Kinta Utara.

Hadirin sekalian,
Saya sebagai wakil Penolong-penolong Kanan HEM Kinta Utara, ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga kerana dapat berkhidmat di bawah penyeliaan Encik Hajar Malik.
Beliau adalah seorang penyelia yang mudah bertolak ansur dan tidak pernah lokek dengan ilmu yang ada. Encik Hajar yang kami kenali mempunyai wawasan yang jelas dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan dan sahsiah murid-murid di daerah ini.  Beliau tegas, berterus terang, cekap dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam pengurusan HEM. Beliau juga berdedekasi, "passionate" terhadap tugas dan tanggungjawab, berpegang teguh pada prinsip, sekali pandang nampak serious namun jika mengenali dengan dekat beliau memiliki 'sense of hunour'.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada ketuanya. Sepanjang beliau berada di PPD Kinta Utara, banyak masalah yang berkaitan dengan HEM banyak diselesaikan secara 'add-hoc' Pendekatan mesra yang beliau gunakan memudahkan perjalanan pengurusan HEM di sekolah. Sebagai teraju utama, beliau banyak memainkan peranan demi meningkatkan kecemerlangan pengurusan HEM di sekolah. Kami berharap semua usaha ini akan diteruskan oleh  Penyelia Kanan HEM yang baharu yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan HEM Daerah Kinta Utara. KamiPK-PK HEM di sini, walau bersama siapa pun kami bernaung khidmat, kami akan tetap cekal dan tekal melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan sekolah  kami.

Encik Hajar yang kami raikan,
Saya mewakili PK HEM Daerah Kinta Utara, ingin mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari Tuan andai ada antara kami yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah langkah. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur kata kami yang menyinggong perasaan Tuan. Segala jasa bakti Tuan sepanjang berkhidmat di PPD Kinta Utara ini akan kami kenang selagi hayat di kandung badan.
Pesanan saya pada Encik Hajar dan rakan yang lain sebelum bersara atau masa kita masih berkhidmat, 
Adakah kita jadikan diri kita sebagai guru,  
hadirnya ditunggu, 
yang hilang dirindu,
ilmuna diburu, 
nasihatnya diseru,
 tingkahlakunnya ditiru,

Kita jangan menyesal menjadi guru
Kebahagiaan dunis persaraan terletak pada kesihatan yang baik 
Kerana yang paling mulia sebagai guru....
Dalam ajar kita, ada harapan
Dalam tegur kita, ada doa
Dalam marah kita, ada sayang
Dalam tawanya, ada mesra
Dalam diamnya kita, ada kebijaksanaan
Dalam tangan kita, terbina guru yang gigih, iltizam, cemerlang

Jika pagi ini kita mendapat hadiah pen, tandanya guru pandai mengukir kata
Jika dapat hadiah pemadam, tandanya guru membetulkan kesilapan
Jika dapat mesej dari pelajar, tandanya kita masih dalam ingatan
JIka pengarah hadiahkan gelang emas, tandanya anda menamatkan perkhidmatan dengan cemerlang.

Sidang Hadrin yang dihormati
Sebelum saya mengakhiri ucapan ringkas saya, Izinkan saya menutupnya dengan pantun dan sebuah puisi Inggeris

My Dear My Hajar bin Malik

It is time to bid adieu
To your cabin so plush
with happines your life
is now going to be a flush

It is time to bid farewell
To every subordinate
And say hi to your family
From whom, it's been a long wait

It's time to say goodbye
To the corridors of power
Because you will be heading
To a life which is much better
Happy retirement Mr Hajar.

Sudah terikat di dalam hati,
Bersara pasti, kesihatan dijulangi;
Bukan memberi kata dan puji,
Majlis kenangan dekatkan di hati.

Tenangnya bagikan tasik,
Bagai urai dalam peti;
Ditutup tidak terusik,
DIkantung bertaup rapi.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan;
Terikat kasih daun keladi,
Budi Encik Hajar jadi kenangan.


Kalau ada pauh di Daik,
Bawa sebiji ke tanah seberang;
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.

Bunga mawar dalam jambangan,
Campur sedikit harum melati;
Budi Tuan jadi kenangan,
Tersemat kukuh dalam hati.

Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa bali;
Jari disusun  maaf dipinta,
Panjang umur berjumpa lagi.

Tuan umpama permata di jabatan,
walaupun tenggelam dilautan berselut;
Tetap bersinar, walau bekas ditinggalkan.

Sekian terima kasih. Wassalamualaikum wbt.

Terima kasih Encik Ujis memberikan copy teks ucapan ini.

Cenderahamata kenangan kepada Encik Hajar dan Tuan Haji Marazlan yang akan turut bersara pada 7 April 2015. Semoga keduanya akan sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan hidup selamanya.
Budi Tuan akan tetap dikenang.


Kenangan bersama Penolong Kanan HEM yang hadir dimajlis tersebut.
                              
                              

Terima kasih semua...PK HEM yang sporting.
Hahaha ni kenangan bersama Encik Megat PK Pentadbiran yang masih berjiwa PK HEM.
Tahniah kepada 3 rakan PKHEM ni yang akan menjadi PK Pentadbiran... maraikan mereka juga la ni.

Nak tengok rakan-rakan yang sempoi intai la fb saya..


No comments:

Post a Comment