Sunday, July 19, 2015

Bersalaman bermaafan budaya mulia

14 Julai 2015 last bersekolah sebelum nak bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri. Menjadi satu amalan budaya sekolah saya ni, bersalaman sebelum pulang bercuti untuk berhari raya tak kira bangsa dan agama.

Budaya rakyat Malaysia juga, budaya ini dijadikan amalan sekolah saya agar anak-anak generasi akan datang masih tahu nilai-nilai menghormati orang lebih tua dan rakan sebaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Guru Besar. Diikuti penyerahan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim dan murid yang kurang berkemampuan berupa wang  yang disumbangkan oleh guru-guru dan semua murid. Seterusnya acara bersalaman yang dimulakan oleh pentadbir, guru-guru dan semua murid dengan semua guru. Majlis dimeriahkan suasananya dengan nyanyian lagu-lagu Hari Raya..
                                      
Penerima Sumbangan Hari Raya 2015
Murid Sesi Pagi SK Marian Convent
 Terima kasih kepada jurufoto saya Qistina Balqis yang merakam seramai yang boleh semasa bersalaman dengan saya. Bagi handphone kat dia pandai la dia merakam segalanya.. selagi memori belum penuh. 

Yang sempat dirakam
Tiba giliran murid pulak yang dimulakan murid Tahun 5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Juru gambar majlis Ustazah Hjh Zaleha
Giliran Murid Tahun 6 
 
 
Mengeratkan hubungan sesama guru
 

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
Selamat Bercuti. Jaga kesihatan dan keselamatan.
Hati-hati di jalan raya, ingatkan ibu bapa pandu cermat jiwa selamat.



No comments:

Post a Comment