Saturday, August 1, 2015

Program Motivasi UPSR 2015 'Shining Bright Like A Diamond'

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..
Seminggu dua ni agak sibuk sikit, so tak sempat nak update cerita sekolah saya ni.
lepas ni kena cerita yang ringkas-ringkas aje. Tunjuk gambar aje pun dah cukup kot.
UPSR dah nak dekat ni.... gerak gempur la sekarang ni, ada beberapa program khas untuk Tahun 6 perlu diselesaikan.

Motivasi untuk semua calon UPSR bagi meningkatkan prestasi. Setiap murid berbeza tahap prestasinya, so kami berikan button badge bagi semangat dan galakkan untuk mereka meningkatkan prestasi masing-masing ke arah yang lebih cemerlang. Warna button melambangkan tahap mereka selepas menduduki peperiksaan pertengahan tahun.

Biru - lulus A dan B dalam semua subjek - calon perlu berusaha untuk menjadikan semuanya A dan menambah jumlah markah ke tahap maksimum.

Hijau - Lulus A,B dan C dalam semua subjek - calon perlu berusaha dengan lebih untuk mencapai target semua subjek A

Kuning - Ada subjek yang gagal. - calon perlu berusaha dengan melipatgandakan kerajinan dan latihan untuk sekurang-kurangnya lulus semua subjek.

Namun harapan di akhirnya nanti semua calon mendapat 5A kerana itu target mereka semua.
Kejayaan yang cemerlang hanya akan dicapai oleh mereka yang usaha dengan kerajinan yang berganda, fokus dan yakin.

Tetamu yang hadir:
1. Ucapan Motivasi oleh En Mohd Yusof bin Hassandi - Penolong PPD Unit Akademik Bahasa
2. Pn Amnah bt Jalaludin - Pen. PPD Bahasa Melayu (SM) selaku Penghuluwati sekolah
3. Encik Mohamad Rosli bin   - Guru Besar SKK SK Sungai Rokam (sekolah mentee SBT)
4. Puan Rosida bt Mohd Sainee - Guru Besar SKK SK Raja Perempuan (sekolah mentee SBT)



Penerima Button badge Biru a diserahkan oleh Encik Mohd Yusof bin Hassandi


                        Penerima Button badge Hijau disematkan oleh Puan Amnah Jalaludin
  Penerima Button Badges Kuning disematkan oleh Pn Hjh Rogayah bt Pilus

  
Pengerusi Majlis

                   Ucapan Motivasi oleh Pegawai PPD                Ucapan Guru Besar
 Barisan Tetamu dan Pentadbir Sekolah

 Jawatankuasa Kerja/ Guru-Guru Tahun 6

Terima kasih kepada semua atas kerjasama menjayakan program.
Semoga anak-anak Marian akan beroleh kejayaan yang cemerlang.
Berkat usaha, dorongan dan doa semua pihak.

No comments:

Post a Comment