Friday, January 15, 2016

NPQEL: Pendaftaran di Asrama IAB Genting Highlands

Alhamdulillah sampai di IAB seperti yang dijangkakan. Ada yang dah sampai lebih awal..elok la datang awal, lebih-lebih lagi yang pertama kali sampai di sini, boleh la tinjau-tinjau dan selesakan diri dengan suasana di tempat baru... sebulan nak duduk sini tau..
Sampai aje terus ke lobi asrama..
Isi borang masuk asrama... ambil kunci dan tuala.. so tak payah beratkan beg bawa tuala yang tebal tu.. sabun mandi pun diberi.
Lepas isi borang asrama... sahkan kehadiran di meja pendaftaran dan dapatkan sekali borang aku janji serta jadual minggu orientasi.. beratur ikut negeri.. amat memudahkan... Oh ya ada 5 buah negeri yang terlibat iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Terengganu la yang paling jauh.
Selepas tu sahkan juga kehadiran di senarai nama ikut kelas... Dah tau dok kelas mana... NPQEL 16A1 SRG 5... tu la nama kelas saya..kumpulan Sekolah Rendah Genting ke 5. Semua da 3 kelas Sekolah Menengah dan 6 kelas Sekolah Rendah. Jumlah semua yang terlibat 259 yang terdiri daripada guru-guru berjawatan Penolong Kanan sama ada PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid,  PK Kokurikulum dan PK Petang. Ada juga pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap kelas ada 28 ke 32 orang...

 Hahaha ni kawan-kawan dari Kinta Utara Perak aru sampai dok rehat jab di lobi asrama... sebenarnya ramai lagi .. nanti berkesempatan nak posing dengan mereka..

 Maklumat waktu makan yang perlu diketahui...
Sempat jugak nak tunjuk tuala dan seterika yang disediakan 
untuk kemudahan semua peserta..
  Jom masuk bilik...
Masuk aje, sebelah kiri meja study... sebelah kanan almari baju, sinki n cermin.

Katil yang selesa , sambil baring-baring boleh menonton... clear..
Kalau nak selesa lagi bawalah extension sambil menonton boleh charge hp n buka lappy atas katil ...sebab plug kati situ cuma satu aje..

Tersedia juga penyidai tuala n papan menggosok, ha satu lagi tak perlu bawa sejadah.. memang dah disediakan..ringan la sikit beg..
Ha ni la bilik air yang berkongsi dengan jiran sebelah.. 
tak berebut sebab bilik mandi bershower dan tandas berasingan..
air panas pun ok... sejuk-sejuk kat puncak perlukan water heater..
Nak privacy lepas mandi tutup semula pintu tu..
Tapi kami terbuka aje pintu tu... senang nak jenguk2 n sembang2.

Selesa... walaupun tidak seperti hotel 3 atau 4 bintang...
tapi setiap pagi ada orang tolong kemas katil, sapu lantai, tuala dan cadar diganti seminggu sekali.. kira ok la tu... Eh lupa pulak nak kabo... aircond tak ade tau... tapi sejuknya terasa.. kekadang tidur tak berkipas pun..

Hari pertama ke dewan makan...menu pertama ialah makan malam..
luas bersih dan selesa

 Tempat ambil makanan diasingkan lelaki dan perempuan...lagi selesa nak ambil makanan... xde la beratur di celah-celah jantina lain ..hehehe..
                                

Hari pertama ni excited  turun makan awal .. tu yang sempat mempotret sudut-sudut tertentu dan berposing di ruang legar sebelum naik ke dewan makan

Ok nanti selepas melawat seluruh kawasan IAB ni boleh dikongsikan bersama.. sudut-sudut yang cantik

2 comments: