3 hari kuliah bersama semua peserta di ADRI - Auditorium Datuk Razali idris. Majis Perasmian dan taklimat yang pelbagai berkaitan program, macam-macam la apa yang dipelajari di sini termasuklah peraturan-peraturan yang barus dipatuhi. Macam jadi student balik la ni.
Hari pertama, kami datang awal, excited sangat.. hihihihi ruang masih banyak yang kosong. kenalan bertambah
Perasmian disempurnakan oleh Pengarah IAB Genting Highlands, Tuan Haji Abdul Razak. Ingat lagi kata-katanya...mengikut akta pendidikan orang yang sedang belajar dipanggil MURID.. so autoomatiklah kami ni murid, bila dianggap murid hihihi mudalah rasanya..
Seminggu ni melatih kaki melangkah naik dan turun 114 anak tangga.. orang kata tangga sihat,, tu la tangganya...nanti saya cerita tentang tangga dan laluan seharian saya di entri lain ye.
hari pertama ice breaking di Dewan aje, aktiviti memesrakan semua peserta...
Berkesempatan berkenalan dengan orang-orang Perak
Petang hari kedua beriadah sehingga ke pintu masuk IAB...sambil berjalan, sambil bersembang dan sambil-sambil melihat beerapa wajah untuk dikenali... ye la lebih 250 orang peserta dari 5 buah negeri, mana nak kenal semua kan... sempat lagi berposing...Ni adalah JK Induk NPQEL Ambilan 1/2016 IAB Genting Highlands, Pahang
yang terdiri daripada Penghulu dan Penghuluwati Besar dan penghulu dan penghuluwati daripada 9 buah kelas.. (20 orang). Sempat berposing selepas beriadah.
Hari ketiga... dah semakin tak kisah, posing ikut suka aje...
Minggu pertama untuk memulakan kursus dengan rasa riang gembira..
Bila suka, gembira, hati akan berlapang dada untuk menimba ilmu, meskipun ingatan masih di sekolah saya....
Salam perkenalan semua peserta NPQEL...
Salam Rindu untuk semua warga sekolah saya di Ipoh..
No comments:
Post a Comment