Friday, February 8, 2013

Pemilihan Ahli Kelab Dr Muda

Setiap hari Jumaat, jam 12.00 - 2.00 ptg akan diadakan aktiviti Kokurikulum Badan Uniform dan Kelab Persatuan di sekolah saya. Tak adalah pelik sangat kan, sebab kami semua perempuan, cikgunya, muridnya, jadi tak adalah yang  kalut-kalut nak pergi solat Jumaat.

Hari ni juga diadakan pemilihan ahli Kelab Dr Muda sekolah saya. Ramai  murid yang berminat, tapi untuk permulaan Tahun pertama penubuhannya, keahlian dihadkan kepada 20 orang sahaja. Pemilihan dibuat dengan membuat ujian bertulis dan temuduga terbuka. Sebenarnya mereka telah menjadi ahli beberapa  Kelab dan Persatuan yang lain dalam Unit Kokurikulum, tetapi  di antara mereka akan dipilih menyertai  Kelab Dr Muda Sekolah, mereka dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuk sikap kepimpinan dan bertanggungjawab, disamping mengamalkan kebersihan sepanjang masa. 
Taklimat  matlamat dan Objektif penubuhan Kelab Dr. Muda Sekolah.

Pn. Siti Ramlah Azura - Penyelaras Kelab Dr Muda Sekolah  membuat ujian bertulis.




Temuduga terbuka terhadap beberapa calon  yang layak.

Semoga Kelab Doktor Muda Sekolah akan mendapat sokongan semua pihak dan memberi kebaikan dan kejayaan yang cemerlang.

Wednesday, February 6, 2013

Kelab Doktor Muda SKMC

Secara rasmi Kelab Doktor SK Marian Convent telah menjadi ahli Program Doktor Muda di bawah program kerjasama antara  Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan peluang kerjasama ini akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada seluruh warga Marian ke arah kegemilangan.

1 Februari 2013
Menghadiri Mesyuarat/Taklimat Program Doktor Muda. untuk  pertama kalinya di Klinik Kesihatan Buntong, Ipoh. Semuanya untuk sekolah, agar peluang dan ruang yang diperolehi akan diteruskan guru-guru lain.Yakin Marian boleh buat yang terbaik. 

Menerima Kit Permulaan Kelab Dr Muda dari Dr. Norlaila dan pegawai  Klinik Kesihatan Buntong.
CD diberi memudahkan pelaksanaannya.

Tambah seronok la Doktor Muda dapat BBM ni.

Perintis Ahli Kelab  Dr Muda, hasil Program Dr Muda Lifebuoy.
Untuk permulaan 5 orang Dr Muda hasil Program Lifebuoy akan menjadi perintis Keahlian Kelab Dr Muda. Ujian/temuduga terbuka akan dilaksanakan untuk memilih ahli Kelab pada minggu ini. Peringkat awal Keahlian dibuka untuk  20 orang sahaja. Tunggu siapalah mereka ye...

Monday, January 28, 2013

Pelantikan Pemimpin-pemimpin Sekolah 2013



25 Januari 2013,
lewat sedikit kerana keadaan yang tak diduga. Apa-apa pun alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Kat sekolah saya ni ada 5 jenis pemimpin dengan 5 tema warna yang berbeza. Senang nak cam la, sekali pandang dah tau mereka pemimpin apa.

Majlisdimulakan dengan penyerahan Watikah Pelantikan.

 
 

                               
                           

Baccan Ikrar oleh semua pemimpin yang diketuai oleh Ketua Murid Adik Fatih Afifah bt Abdul Hamid dan Ketua-ketua setiap kumpulan Pemimpin.


Yang ni Pengawas Sekolah , terdiri dari murid Tahun 4,5 dan 6. Kalau tahun lepas hanya murid tahun 5 dan 6 sahaja, tapi tahun ni lantik dari tahun 4. Bakat yang ada semasa di tahun 3 diteruskan.
Pemimpin Pengawas Sekolah. Penyelaras : Pn. Manjit Kaur 
 Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Penyelaras : Pn Nor'azah bt. Taiyit@Lit

Pemimpin Rakan Sebaya - Penyelaras :Pn. Suzira bt Mamat

Pengawas SPBT. Penyelaras Pn.  Norriza  bt Ismail

Ketua dan Penolong Kelas  - Penyelaras Pn. Siti Ramlah Azura

Tahniah atas pelantikan semua pemimpin. Semoga semuanya akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur dan dedikasi demi kecemerlangan sahsiah yang lebih gemilang