Tuesday, October 3, 2017

Kunjungan Cikgu Yahya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera  Semua


3 Oktober 2017 (Selasa)
Hari ni nak menyimpan kenangan kunjungan Cikgu Ya ke sekolah saya, lau sembang-sembang kami panggil Pak Ya je. Tak sangka pun Cikgu Ya nak datang ke sekolah saya yang comel ni. Tiba-tiba terpacul di pejabat sekolah saya... hihihi ingatkan pegawai PPD ke JPN mana ye.

Kebetulan Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kerian membuat lawatan penanda aras ke sekolah jiran cemerlang saya, SK Teluk Kepayang, Sekolah Kluster Kecemerlangan. So sempat la Cikgu Ya singgah ke sekolah saya, menziarah sahabat seperguruan ye. Kami sekelas, sama-sama belajar  nak jadi seperti sekarang di IAB Genting Highland setahun yang lalu.

Terima kasih ye Pak Ya, sudi singgah dan berkongsi idea dan pendapat mengurus sekolah. Seronok rasa bila ada sahabat-sahabat singgah ke sekolah saya.

Sempat la berposing buat kenangan ye, bukan senang nak jumpa waktu-waktu bekerja macam ni. Sekadar berkongsi perubahan yang dilakukan untuk keseronokan kita bekerja.



 
Payung merdeka atas tu adalah ikut idea dari Cikgu Ya tau,
Bila tengok kat sekolahnya tergantung payung merdeka... teringin pulak
nak buat kat sekolah sendiri... ha apa lagi cepat-cepat la tanya kat Cikgu Ya ni
 mana beli payung tu... hihihi ikut yang baik tak apa kan...
 
Terima kasih atas kunjungan ke sekolah saya. Boleh la berkongsi idea untuk dibawa ke SK Baru, Parit Buntar ye. Terima kasih GB Yahya bin Othman.
 

#sayasukasekolahsaya.

Saturday, September 30, 2017

Sudut Warisan SK Bakong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
 
Hi semua... kali ni nak berkongsi sudut terkini yang baharu aje siap di sekolah saya..
Hasil usaha Cikgu Madasima, guru kanan HEM yang kreatif dan sangat rajin serta sokongan semua pihak merealitikan sudut warisan ini.
 
Hanya dengan satu persoalan..... beliau dapat mengatasi masalah tersebut...
Masalah apa... ermmm tak pa la, sekurang-kurangnya sudut itu memberikan manafaat kepada semua. Idea kreatif gabungan bersama Cikgu Nora yang menyiapkan sudut dalam tempoh seminggu sahaja.
Kebetulan sempena Bulan Kebangsaan, sebagai menyemarakkan semangat patriotik dan mengenali dan menghargai warisan zaman dahulu. Banyak alatan yang dipamerkan tidak dikenali oleh generasi sekarang.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbangkan bahan di sudut warisan ini.... ada yang bagi terus, ada yang meminjamkan selama mana ia diperlukan . Usaha murni sentiasa diberkati... dipermudahkan dengan kerjasama semua warga sekolah termasuk PIBG dan penduduk tempatan.

 Biarkan gambar berbicara...
 

 
 Paling suka dan seronok.... bertambah sudut untuk berposing...





 
Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang barang-barang warisan ini.
Kekalkan Sudut Warisan supaya sentiasa diingatan.
Tak sempat lagi nak ambik gambar setiap alatan... next entri ye...
Harap-harap berkesempatan nanti.
 
 
#sukasangat
#Sayasayangsekolahsaya
#cantiknyasekolahku
#hargaiwarisankita
,


Melepaskan batok di tangga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Apa khabar semua?
Semoga semua tetamu yang singgah di sini sihat sejahtera.
 
Hari ni nak bercerita tentang peribahasa sikit... agak-agaknya ada ke yang terkejut...
Harap-harap selepas ni tak ada yang keliru lagi..
 
Seperti melepaskan batok di tangga... kalau tengok dalam buku latihan atau buku-buku yang berada di pasaran ada menulis  'batuk', atau  'batok' jadi  mengelirukan orang ramai. Mana satu yang betul ni. Bila 'search' di internet pun ada yang menulis 'batuk' dan ada yang menulis 'batok'.
 
Batuk yang kita tahu adalah satu penyakit yang mengeluarkan bunyi. Kadang ada betulnya kita boleh melepaskan batuk di tangga... kita terbatuk semasa berada di tangga tetapi apa perkaitan dengan maksud sebenar peribahasa tersebut... fikir-fikirkan la.
 
 
Ni la batok, iaitu sejenis tempurung yang digunakan sebagai gayung atau penyedok air.
Zaman dahulu belum ada gayung yang diperbuat daripada plastik seperti sekarang,
Kreativiti orang dahulu menjadikan tempurung yang dibersihkan dan ditebuk lubang
untuk meletakkan batang buluh atau kayu sebagai pemegang.
Batok ni adalah kata pinjaman dari bahasa jawa...
Macam mana boleh tak perasan ye ia bahasa jawa...
dalam bahasa jawa cara menyebutnya... 'bathok' 
 Melepaskan batok di tangga, ialah perbuatan mencampakkan aje batok tu ke tangga selepas digunakan yang sepatutnya disangkutkan pada tiang yang disediakan. Seperti kita tahu zaman dahulu masyarakat kita berkaki ayaam dan apabila hendak naik ke rumah mereka membasuh kaki dahulu, lagi pun mana ada paip terpasang di halaman rumah.

Seperti melepaskan batok di tangga bermaksud seseorang yang membuat kerja sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh. Mereka menyiapkan kerja secara ala kadar. Hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Peribahasa ini sering ditujukan kepada murid-murid yang malas dan tidak menghasilkan kerja sebaiknya.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini, ia tidak lagi mengelirukan kita...
Jangan kita membuat kerja seperti melepaskan batok di tangga.


#batok
#sudutwarisan
#SKBakong
#sayasukasekolahsaya